All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Monday, January 27, 2014

Persiapan Percutian Musim Panas di Busan & Jeju Island Korea

Cantikkan .... Aku dan rakan plan untuk bercuti di Busan dan Jeju pada musim panas 13 Jun-20Jun 2014. Aper yang best kat Busan dan Jeju ni, akan aku ceritakan dalam next entry. Carta perbatuan persiapan kami telah bermula sejak bulan Disember 2013 lagi. 

Untuk gaji bulan Disember hari tu kami booking flight Air Asia dulu. Harga promosi return lebih kurang RM635.70. Sebenarnya harga asal promo dalam RM490. Tapi sekejapan dalam masa aku tunggu maklumat rakan-rakan untuk booking, harga mula meningkat setiap kali refresh. So if kalian ader plan nak berjalan, make sure maklumat team dah memang ready. Senang bila harga tiket tetiba ada promo.

Gaji bulan Januari ni aku peruntukan bayar booking tiket ke Jeju. Dari busan ke Jeju Island ada 2 penerbangan yang aku dah shortlistkan iaitu Busan Air dan Jeju Airlines, masa penerbangan 45 minit sahaja. Tiket ke Jeju ni memang hot, sekejap jer sold out.Usha punya usha, akhirnya aku booking Busan air flight. Harga promo kami dapat RM275 return.. hahaha kalau tak rm 300 sehala jer tau. Selain dari lapangan terbang Busan kalian boleh booking dari lapangan terbang Inchon Seoul dan lapangan terbang Gimpo. Aku ada jugak usha feri ke Jeju, kot nak merasa lain sikitkan.. tapi if kalian dari Busan memang tak berbaloi sebab jeti feri tu jauh dari Busan, tapi kalau kalian dari Seoul agak okey sebab dia direct ke Jeju dan mengambil masa selama hampir 5-6jam. kalau nakkan cabaran apa salahnya sebab feri korea lapang, tak de kerusi, siap boleh baring-baring lagi dan harganya lebih murah. hihihi tupon kalau kalian tak mabuk laut la.

Untuk gaji bulan Feb nanti kami akan booking penginapan pulak.. So nantikan apa pilihan yang aku ada.. :)

2 comments:

  1. salam, boleh awk tlg saya tk book flight air busan mcm mana? 4 mlm hadap lappy, asik error kt payment. boleh aje tk stepnya. email sya nabilah.said905@gmail.com

    ReplyDelete

  2. Jom ke Jeju Island 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Seoul! Promosi valid sehingga 31/10/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete