All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Tuesday, March 25, 2014

MH 370 - Spekulator Buat Kepala, Buat Aku Sakit Hati.


Bismillahhirrahmanirrahim
Aku menarik nafas yang dalam untuk memulakan luahan hati ini. Samalam aku tidak berkesempatan mengikuti siaran langsung sidang media MH370 oleh PM Malaysia namun aku menonton ulangannya pada detik 12 malam semalam. Sayu hati ini untuk menerima hakikat MH370 ended di selatan Lautan Hindi. Walau apa pun yang berlaku, aku sangat berharap mereka di tempatkan di tempat yang baik dan semoga ahli keluarga yang terlibat juga redha dengan segala ketentuan ini. Sungguhpon kita menyayangi mereka namun Yang Maha Pencipta lebih menyayangi mereka.

Melihat ahli keluarga meratapi pemergian orang yang tersayang sangat meruntun jiwa ini. Apatahlagi jika mendengar atau membaca segala spekulasi perbagai versi yang langsung tiada sensitiviti mahupon menghormati priversi. Sedangkan aku yang langsung tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka tetap berasa perit bagai dilumur garam pada luka yang ada apa bila mendengarnya.

Aku hanya insan biasa di muka bumi ini, bukan pakar itu dan ini, tidak selayaknya aku mengulas rentetan kejadian ini. Kalau ada aku bersuara sekadar membetulkan cerita dan menyatakan fakta yang aku perolehi daripada wawancara bersama pakar yang ditayangkan di setiap salutan tv. Hati ini tidak mampu berdiam lagi apabila cerita-cerita spekulasi menjadi havoc, ditambah itu dan ini. Namun kadang kala aku terpaksa memilih untuk berdiam diri kerana apabila mereka memilih untuk membutakan mata dan memekakkan telinga, tiada gunanya untuk aku berkata apa-apa.

Bertapa hebatnya daya telahan mereka, apabila 2 koridor diumumkan untuk mencarian, mereka mengatakan MH370 menghala ke koridor utara, landing di darat, di sembunyikan di salah sebuah negara di sana, kerana balas dendam ayah Altantuya Shariibu atas kematian anaknya. Tidak kurang yang mendakwa MH370 berada di Rusia. Itu tidak cukup hebat lagi... hari ini mereka mendakwa ini semua helah politik BN. MH370 diumumkan hilang sehari selepas Anuar di hukum penjara, kemudiannya MH370 diumumkan ended dan tiada yang terselamat sehari selepas keputusan pilihanraya Kajang diperolehi. Kerana BN kalah, semuanya mati, jika Kajang milik BN mungkin semuanya hidup lagi.....Aku sungguh geram mendengarnya, pantas sekali mulut ini memberikan amaran..Kamu sedang bercakap mengenai 239 nyawa. Jangan sewenang-wenangnya kamu mendakwa kerana itu fitnah... Lagipun bagaimakah mungkin Najib sebegitu berani mengerahkan aset ketenteraan negara-negara besar dunia hanya kerana kepentingan politiknya? Silap haribulan, MH370 tak kena bom, negara Malaysia yang kena bom. Kalian fikirkankan sendiri.

Tidak kurang yang mendakwa, Malaysia dan Mas dijadikan kambing hitam lantaran sengketa China dan US. Semuanya adalah rancangan pihak itu,  MH370 menghala ke Lautan Hindi juga angkara mereka, MH370 ended di pengairan Australia juga adalah usaha mereka, tiada sebarang kerosakan teknikal sistem pesawat juga menguntungkan mereka, segala dipertanggungjawabkan kepada invidu tertentu dan akhirnya Malaysia dan Mas terpaksa menanggung segala pampasan dan kos yang terlibat. Makanya terpaksalah kambing hitam ini bergolok dan mengadaikan aset negara. Begitulah spekulasi mereka untuk hari ini, dan esok mungkin akan havoc lagi. Mungkin istilah seperti Doppler Effect dan Burst Frequency Offset tidak akan menjadi asing lagi. 

Hati ini hanya mampu berdoa agar ramai yang akan lebih menghargai yang ada di sisi, menjadi lebih tabah, menjadi lebih kuat, lebih berusaha, lebih mencintai diri, agama, nusa dan bangsa. Hidup ini adalah ujian olehnya, bagaimana pengakhirannya? Pilihan di tangan kitalah jua. Walau apa pon sama-sama lah kita doakan semoga MH370 bersemadi dengan aman, bagi yang muslim pula semoga Allah MeRahmati mereka. KepadaNya jugalah kita akan kembali suatu hari nanti. 

Maafkanlah seandainya luahan ini tidak cukup matang bagi kalian.  Maafkan juga andainya  pemikiranku tidak cukup sophisticated untuk memahami kecelaruan politik dan masalah sejagat. Aku hanya sekadar berkongsi rasa di jiwa. Namun aku berusaha untuk menjadi aku yang esok akan lebih baik dari hari ini. 
Sekian.

Wednesday, March 12, 2014

Pesawat MH370 Hilang PC Yang Meletup

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera, kembali bersiaran  setelah tidak mengupdate blog kerana fokus diberikan sepenuhnya kepada Update Misi Mencari Pesawat MH 370 yang telah  hilang dari radar dan kehilangannya masih menjadi misteri masuk hari ke 5 hari ini dan mereka masih belum di temui. Marilah kita memohon kepada Pencipta. Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Namun tidak dapat dielakkan, ketika pihak bertanggungjawab meneruskan misi mencari, ada segelintir yang menunding jari dan menuduh itu dan ini. Namun yang pasti pesawat belum tentu meletup tp PC lab aku yang meletup pagi semalam. Sabar jerlah... dugaan.




Thursday, March 6, 2014

HomeMade Spaghetti Sempoi

Semalam, bila perut terasa lapar, aku check peti ice cuma ada sosej sahaja..Lauk lain dah habis. So nak makan ni? Mulalah aku nak mereka menggunakan apa yang ada di dapur rumah aku ni..check lagi, spaghetti dan pes tomato masih ada.. Apa lagi mulalah misi memasak spaghetti goreng sempoi. Nak cuba ini resepinya.
Bahan-bahan(untuk orang mkn)
2 batang sosej rebus potong ( potong 4 setiap batang)
1 sudu kecil minyak zaitun (merebus)
1 sudu besar minyak zaitun (menumis)
2 ulas bawang putih
1 sudu besar pes tomato
1/2 sudu kecil serbuk cili
Secubit stok ayam serbuk
secubit herb
2 cubit garam
secubit gula
Prosedur
1. Cucuk 6 batang spaghetti menembusi sosej yang direbus. Biar sama panjang.
2. Didihkan air, masukkan secubit garam dan 1 sudu kecil minyak zaitun.
3.Masukkan sosej spaghetti, rebus sampai lembut. Kemudian toskan.
4. Untuk menumis, panaskan minyak, masukkan bawang putih, tumis hingga naik bau, masukkan serbik cili, herb, pes tomato, stok ayam, garam dan gula. kacau dengan pantas.
( Guna Api Kecil, nanti semua benda hangus, yang rasa cuma pahit jer :p)
5. Masukkan spaghetti dan kacau hingga sebati. Sedia dihidangkan
6. Taburkan daun bawang yang telah di potong.
Siap. Selamat mencuba

  

Sunday, March 2, 2014

KemBara UmraH - Raudhah-Part 3

Bismillahhirrahmannirahim, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Suhu di Madinah 17 Feb - 21 Feb berada di bawah 19 °C dan ada kalanya mencecah 14°C. Jarak hotel aku menginap lebih kurang 300 meter dari perkarangan masjid, memudahkan tujuanku. Perjalanan umrah ke Madinah memberikan banyak kelebihan kepada aku. Di Masjid Nabawi lah aku bersujud memohon taubat dan keampunan sebelum memasuki Kota Mekah. Jemaah dari serata dunia berkumpul di sini dengan pelbagai bahasa, pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai aksi, yang akan menguji kesabaran. Namun semua itu tidaklah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan ketenangan yang diperolehi di sini. Rahmat dan Berkat dimana Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.W.T dimakamkan. Ingin aku mencintainya melebih segala cinta di atas dunia. Bertapa kerdilnya hambamu ini Ya Allah. Jika kalian cukup perbelanjaanya, tiada pula kesulitan yang menghalangi, bertamulah ke sini. Tiada kata untuk aku ungkapkan keindahan dan rahmat yang di rasai.   
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain. 
Creadit picture to Hashim n Tini

 Rasulullah saw bersabda: "Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga)."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kawasan raudhah untuk wanita tidaklah dibuka sepanjang masa sepertimana dibuka untuk jemaah lelaki. Bila dibuka tidak perlulah berebut-rebut kerana selalunya jemaah Malaysia dan Indonesia diberikan giliran yang terakhir. Selalunya keutamaan diberikan kepada jemaah Arab, Turki, Pakistan, India ,Rasta.  Harap kalian sabarlah menunggu giliran. Tapi janganlah bersangka ianya tidak adil pula, atau kalian rasa sepatutnya siapa cepat dialah yang dapat. Sebenarnya adalah baik juga kita dikemudiankan, kerana bangsa Melayu ni bangsa yang lemah lembut dan bersopan berbanding bangsa lain yang pada perkiraan aku agak besar dan kasar.  Dikuatiri kita akan beralah dan tidak dapat beribadah dengan baik. Baikah, sambung balik, sedang aku berdiri di mana taman Raudhah hanya sekaki dua dihadapan, terus aku memberikan salam kepada Rasullulah serta menyampaikan salam dari teman-teman, makam Rasulullah berada yang paling hampir dari kiri ( apabila berada di dalam kawasan Raudhah bagi wanita) diikuti salam untuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Sepanjang berada di Madinah, Allah cukupkan aku 3 kali bersujud di Raudhah. Indahnya sujud yang pertama kerana pertama kali bersolat dan berdoa di Raudhah. Indahnya sujud yang kedua kerana aku dapat bersolat dan berdoa di saf hadapan bahagian wanita seperti  yang aku inginkan. Indahnya sujud kali ketiga kerana sujud dengan menghormati hak saudara-saudaraku ( maksudnya tidaklah aku berniat untuk berlama-lamaan), alhamdulillah solat kali itu jugalah nikmatnya terasa yang paling sempurna. Benar, ramai jemaah kita yang bertolak-tolak dan berasak-asak, cuma janganlah kalian berputus asa berdoa agar Allah memberikan ruang untuk kalian di dalam taman syurga itu dan setelah itu jangan sesekali kalian curiga, bersujud sahaja jika ada ruang dan peluang kerana kita sudah meminta dari Allah.
Menunggu giliran memasuki Raudah dengan penuh kesabaran.

Majlis Cukur Jambul Millenium


Ketika designer terkenal tanah air Rizalman Ibrahim share gambar ini, i thought majlis wedding someone. Fresh flower penuh dinding memang superb kot. Purple pulak tu, memang cantik, unik, menarik dan semestinya acc dalam bank belakang banyak 00 kan.

Ini pula gambar kedua Rizalman share.. Apa dah jadi? Mana pelamin? Wow! Ni Majlis Cukur Jambul Baby rupanya. Menurut Rizalman "Cukur Jambul set up inspired from Dior's fashion show and Alice in Wonderland".
Memang super puplicious punya theme tidaklah dapat dinafikan. Memang akan menjadi trend, selepas ini akan ada yang buat lebih unik lagi, lebih mahal lagi sungguhpon mereka mengatakan cuma majlis yang sederhana.

Langsung aku teringatkan video Majlis Cukur Jambul Don Mustofa Don Daniyal yang pernah dikongsikan oleh salah seorang temanku.
Makanya pokok pangkalnya terserahlah kepada kita untuk menentukannya.

HatiKu HatiMu

Hening pagi ni membuatkan aku ingin berkongsi satu nikmat yang telah Allah berikan untuk hatiku yang seadanya ini dan sesungguhnya aku bersyukur atas kurniaannya. Allah tidak memberikan hatiku kelebihan untuk merasai baik buruk maksud atau tindak tanduk seseorang, apakah ada hidden agenda atau sebaliknya. Allah hanya memberikan aku hati yang sangat terhad, melihat baik diluar baiklah di dalamnya. Makanya sudah terhantuk baru tenggadah. Dek kerana Dia berikan pula hatiku mudah sekali panasnya kekadang terasa seperti api yang menyambar, rasa marah seperti naga yang menghembuskan nafas namun marahku hanya seperti melukis di atas air, cuma seketika. 
Allah berikan aku hati yang  fragile dan mudah robek namun dia buatkan hati ini kurang sensitif terhadap sekeliling. Dia buatkan hatiku ini terasa mudah terbeban tatkala menimpan dendam  dan kebencian, semakin dipendam hati yang kecil ini terasa semakin dicengkam. Makanya di sertakan hati ini dengan rasa mudah memaafkan dan leave it and move on. Apatah lagi Dia sertakan air mata yang apabila ia mengalir, seolah-olah membasuh luka dan derita di hati ini. Jika hari ini tidak mampu makanya mudah-mudahan esok pagi hati akan pulih seperti sedia kala.
Begitulah Allah menciptakan hatiku, satu perkara lagi yang Dia berikan yang membuatkan aku bersyukur yang tidak terhingga. Dia buatkan rasa hatiku terasa sungguh besar apabila menyimpan rasa cinta dan kasih sayang, seperti rasanya mahu sahaja pecah sangkar rusuk yang mengurung hati ini. Ya Rab, sesunggunya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap kehidupan dan Engkau Maha Mengetahui segala yang tidak aku ketahui.

Saturday, March 1, 2014

Pesta Buku 2014 untuk di TERJAH!!!!!

Salam, Hai. Wow bunyinyer macam fanatik sangat jer kan...hahahahaha. Bila terbaca update one of my friend yang dah pergi pesta buku kat putrajaya, rasanya elok juga jika dapat share info ngan kalian kan.
Expo ni sedang berlangsung, InsyaAllah jika ada kesempatan aku nak pergi ke Putrajaya bersama adik-adik aku jumaat nanti 6 Mac. 
 
Next yang dalam pertimbangan ialah pameran buku anjuran MPH, juga di Putrajaya. If kalian nak maklumat lanjut, nak naik public transport macam mana boleh refer kat website ni :-
http://www.mphonline.com/offers/pibf.aspx

Seterusnya, pesta buku lagi...kali ini 

READ MALAYSIA
 21-30 Mac 2014 
Mines Exhibition Center Sri Kembangan Selangor
diikuti 
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
24 April - 4 Mei 2014
PWTC


KemBara Umrah-Part 2

Alhamdulillah rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana semalam 27 Feb 2014 jam 10.30pm, aku selamat tiba di lapangan terbang LCCT setelah meninggal Malaysia untuk menunaikan Umrah di Arab Saudi sejak 17 Feb yang lalu. Subhanallah, segala pengalaman disepanjang perjalanan ada yang terlalu indah sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Aku sorotkan rentetan perjalanan umrah ini.
16 Feb 2014 jam 10 malam, aku tiba di LCCT dihantar oleh adik ipar aku. Sesampai di sana, aku dikhabarkan bahawa penerbangan kami Air Asia X KL-Jeddah 17 Feb jam 2pg di delay ke jam 5pg. Ramalan pensyarah adikku menjadi kenyataan.. Katanya selalunya penerbangan Air Asia akan ditunda, teringat pula semasa ke Seoul, penerbangan Air Asia juga di tunda dari jam 1pg ke 4 pg. Apakah maksudnya ini? Masalah teknikalkah? Walaubagaimanapon aku , adik dan teman menanti dengan penuh sabar. Lebih kurang  jam 5.30 pg kapal terbang telah berada di ruang udara Malaysia. Perjalanan kami mengambil masa  8jam 15 min, dan sepenjang perjalanan masa seolah-oleh tidak berlalu dan kami tiba dalam jam 8.30 pg waktu Arab Saudi.
Urusan di terminal haji King Abdul Aziz International Airport berjalan dengan lancar, kami berkumpul di perkarangan luar terminal bersama jemaah lain. Dari Jeddah kami akan bertolak ke Madinah terlebih dahulu selama 5 hari dan kemudiannya baru kami akan memasuki Mekah. Perjalanan ke Madinah menaiki bas selama 5 jam merentasi kawasan tandus.
Beginilah keadaannya kawasan tandus sepanjang perjalanan ke Madinah. Kami berhenti untuk solat di satu kawasan RnR, makan tengah hari di sana. Sinaran matahari sangat terik dan menyilaukan, namun suhu sangat dingin, angin sejuk sesekali bertiup terasa meresapi pakaian kami. 

Lebih kurang jam 5.45ptg kami sampai di Hotel Mubarak Silver Madinah. Dapat kunci bilik terus mandi , msolat maghrib d hotel dulu, kemudiannya bergerak untuk solat Isyak d Masjid Nabawi yang jaraknya lebih kurang 300 meter sahaja. Saat kaki ini memasuki perkarangan Masjid, Rasa syukur yang tidak terhingga atas jemputan menjadi tetamu Mu YaAllah, Ya Rab. Mudah-mudahan dikesempatan ini Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani mengampunkan segala dosa-dosaku dalam sedarku mahupun dalam lena ku.
InyaAllah, next entry aku akan kongsikan sedikit pengalaman berada di taman syurga Raudah.