All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Sunday, March 2, 2014

KemBara UmraH - Raudhah-Part 3

Bismillahhirrahmannirahim, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Suhu di Madinah 17 Feb - 21 Feb berada di bawah 19 °C dan ada kalanya mencecah 14°C. Jarak hotel aku menginap lebih kurang 300 meter dari perkarangan masjid, memudahkan tujuanku. Perjalanan umrah ke Madinah memberikan banyak kelebihan kepada aku. Di Masjid Nabawi lah aku bersujud memohon taubat dan keampunan sebelum memasuki Kota Mekah. Jemaah dari serata dunia berkumpul di sini dengan pelbagai bahasa, pelbagai ragam, pelbagai karenah, pelbagai aksi, yang akan menguji kesabaran. Namun semua itu tidaklah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan ketenangan yang diperolehi di sini. Rahmat dan Berkat dimana Kekasih Allah, Nabi Muhammad S.W.T dimakamkan. Ingin aku mencintainya melebih segala cinta di atas dunia. Bertapa kerdilnya hambamu ini Ya Allah. Jika kalian cukup perbelanjaanya, tiada pula kesulitan yang menghalangi, bertamulah ke sini. Tiada kata untuk aku ungkapkan keindahan dan rahmat yang di rasai.   
Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain. 
Creadit picture to Hashim n Tini

 Rasulullah saw bersabda: "Di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) diantara taman-taman syurga dan mimbarku berada pada telagaku (di syurga)."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Kawasan raudhah untuk wanita tidaklah dibuka sepanjang masa sepertimana dibuka untuk jemaah lelaki. Bila dibuka tidak perlulah berebut-rebut kerana selalunya jemaah Malaysia dan Indonesia diberikan giliran yang terakhir. Selalunya keutamaan diberikan kepada jemaah Arab, Turki, Pakistan, India ,Rasta.  Harap kalian sabarlah menunggu giliran. Tapi janganlah bersangka ianya tidak adil pula, atau kalian rasa sepatutnya siapa cepat dialah yang dapat. Sebenarnya adalah baik juga kita dikemudiankan, kerana bangsa Melayu ni bangsa yang lemah lembut dan bersopan berbanding bangsa lain yang pada perkiraan aku agak besar dan kasar.  Dikuatiri kita akan beralah dan tidak dapat beribadah dengan baik. Baikah, sambung balik, sedang aku berdiri di mana taman Raudhah hanya sekaki dua dihadapan, terus aku memberikan salam kepada Rasullulah serta menyampaikan salam dari teman-teman, makam Rasulullah berada yang paling hampir dari kiri ( apabila berada di dalam kawasan Raudhah bagi wanita) diikuti salam untuk Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Sepanjang berada di Madinah, Allah cukupkan aku 3 kali bersujud di Raudhah. Indahnya sujud yang pertama kerana pertama kali bersolat dan berdoa di Raudhah. Indahnya sujud yang kedua kerana aku dapat bersolat dan berdoa di saf hadapan bahagian wanita seperti  yang aku inginkan. Indahnya sujud kali ketiga kerana sujud dengan menghormati hak saudara-saudaraku ( maksudnya tidaklah aku berniat untuk berlama-lamaan), alhamdulillah solat kali itu jugalah nikmatnya terasa yang paling sempurna. Benar, ramai jemaah kita yang bertolak-tolak dan berasak-asak, cuma janganlah kalian berputus asa berdoa agar Allah memberikan ruang untuk kalian di dalam taman syurga itu dan setelah itu jangan sesekali kalian curiga, bersujud sahaja jika ada ruang dan peluang kerana kita sudah meminta dari Allah.
Menunggu giliran memasuki Raudah dengan penuh kesabaran.

No comments:

Post a Comment