All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Sunday, December 11, 2011

5 Admired Men n Women by Mizzura

Prince William - Wow! Siapa yang x admired hot prince nikan.. Satu dunia kot... My lovely prince.
Chef Wan - Chef celebrity yg sememangnya famous kat Malaysia... Celotehnya mak ai, x sedar masa berlalu.
Rizalman - Design dia sure stunning tapi most admired ialah dirinya as Umar's father, too great n sooooo sweet.
Irfan Khairy - Jutawan muda yang sangat brilliant, smart n humble.
Baki Zainal - Pengacara 8Tv yg awesome, fasih berbahasa Mandarin.. n giler kentang kelakar. 

Lady Diana - Since di bangku sekolah , tersangat sangat luv this wonderful women n forever in my heart.
CT Nurhaliza - Beautiful n sweet, sangat berkenan di hati kecuali bab kahwin ngan Dato' K hehehe...
Rachael Ray - Chef celebrity yang selamber rock n amazing person.
Nicol David - Professional squash player, staminanya sangat mengagumkan n she very nice.
Habsah Aziz -  Science Officer yg perfecto, kind n caring :D

Saturday, December 10, 2011

Tahniah n Selamat Pengantin Baru....felix die nuptiarum...

Alhamdulillah seorang lagi rakan team MC telah selamat mendirikan rumahtangga pada sabtu lalu  3.12.2012 di pulau pinang pulau mutiara. Wah! Bukan main gilang gemilang lagi majlisnya...singgahsana raja sehari tersergam indah..busana pengantin pula sungguh cantik ...dan akulah MC pada hari tersebut....hehehehe...nampak gayanya dikalangan team MC PPUKM in aku jerlah yg still single mingle......Dok jadi MC majlis orang jer....Urusan Tuhan siapa yang tahu....Walau apa jua yang berlaku hidup mesti diteruskan dan yang paling penting kita HAPPY...hohohoho

Monday, December 5, 2011

AlangKah HebatNya Jika Saya.....

 Menerapkan dalam setiap lafaz kata, keindahan tutur & kesopanan bicara juga mendamaikan  hati yang sama mendengarnya.

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya

Penalti 4 vs 3 & Overall 5 vs 4
Perlawanan harimau malaya menentang garuda pada malam ini sengit. Kedua-dua pasukan mempamirkan corak permainan yang baik dan stamina yang all out sehingga ke masa tambahan dan penalti.....Dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan juga doa pada penyokong  kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya....u r awesome...u r rock.....emas utk malaysia...TerBaik!!!!!

Jusco Maluri n Madam Lim's Restaurant

Setelah keputusan UPSR Muzaffar diketahui kami adik beradik  bersama-sama dinner kat  luar n belanja Muzaffar makan  Siam Fried Rice....memang kegemaran dia...thanks ummi auni for your trip. Tahniah buat adik Mohammad Muzaffar coz dapat 4A1B dalam UPSR. Teruskan usaha n selamat maju jaya.

Satay Marvelous

Thanks Reen sebab belanja satay ni..... sedap n lembut sungguh cuma kuah kacang jer cair sikit.. .. satay ni ditapau  dari  kedai Sup UK section 7 Bangi.... tengok cara si Muzaffar makan dah tahu marvelous...kata reen kelembutan dia x berapa nak maintain...so time lembut baru boleh tapau lebih....

Sunday, November 13, 2011

Pergi Kenduri or Litar Lumba (krets)

12/11/11- Konvoi beramai-ramai ke majlis perkahwinan rakan seLab di  Klang.... Sesampai di  perkarangan dewan parking kereta yang basah dan lembab, penuh lecak kesan tayar kereta, dan kereta Bell juga tak ketinggalan menjadi mangsa...Nasib baik saya turun awal sebelum parking kereta, takut heels tenggelam dalam selut sebenarnya.... Tahniah diucapkan kepada Siti Amnah dan pasangan. Lepas jer kenduri tu terus jer cari car wash terdekat...nasib baik ada yang berdekatan....setelah selesai singgah di Masjid Klang dan kemudiannya balik ke KL :D. Thanks Bell.....

Friday, November 11, 2011

LoVe LiKe A LoVe Song

KK Home Deko, Asus Notebook, Beading, Nescafe Mocha, Kumpulan Inovatif Kreatif, Watson, MidValley, HandBag, Barbie Movie n Camera Nikon

le meilleur gâteau (Kek Yang Terbaik)


Homemade cake yang konsistan  sedap dan kreatif dan amat saya berpuas hati, harga juga sangat berpatutan.
 Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook berikut :  
http://www.facebook.com/MnM.cupcake

Thursday, November 10, 2011

Kembara Impian Merentasi Realiti Kehidupan...꿈과 현실

Semalam Yang Menjadikan Hari Ini Yang Menentukan Hari Esok
첫째, 우리 모두 꿈은 ... 그냥 전망하고 그것을 찾을 수있을 수 있습니다. 마지막으로, 친구를 선택하거나 당신을 사랑

BraVo Group KIK PPUKM

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semua kumpulan KIK yang telah mengambil bahagian . Sebanyak 22 kumpulan telah berentap di mana 16 kumpulan kategori pengurusan dan 6 kumpulan kategori teknikal.... Tahniah juga buat AJK Pemandu KIK PPUKM yang bertungkus lumus berusaha memberikan latihan dan sokongan yang terbaik untuk kumpulan.... PPUKM terus unggul menjadi johan bagi kedua-dua kategori dan mempertahankan teraju kemenangan....Semoga kemenangan akan terus menyinar untuk tahun-tahun mendatang... Sekali lagi tahniah buat kumpulan Benua Cipta ( Johan Teknikal ) dan MediPrima ( Johan Pengurusan)......sama-sama kita nantikan comeback kumpulan PerMaDi yang akan kembali berjuang di gelanggang KIK...2006 menyaksikan PerMaDi menggegarkan pentas KIK dan 2012 akan menyaksikan sejarah sekali lagi akan berulang.

Wednesday, November 9, 2011

Gaji Pertama Om Kena Paw ( äter gratis) :D

Memang nikmat terasa dapat makan ramai-ramai begini apatah lagi  semuanya percuma hahahahaha

Pak Long CD bersama anak daranya di pagi Hari Raya Aidilfitri

3 dara....Tan Tin Tun hahahaha....yg kecik tu Ten, cucu dara Pak Long CD...tengok duduk jer dah tau otai , sungguhpon umi dia dah try ayukan dia ngan gayakan baju kurung....nampak jer ganas tu ...tapi takut semut hahahaha... tulah point kami kalau nak usik dia....

Selamat Pengantin Baru....felix die nuptiarum

Sungguhpon tak berapa nak baru hehehehe...pernikahan  Nurul Azuani  dan Hafini  yang berlangsung pada  hari  2 September 2011 dan majlis resepsi pada hari berikutnya.... Semoga berbahagia dan kekal sehingga akhir hayat.

Tuesday, November 8, 2011

Salam AidilAdha

Selamat Menyambut Hari Raya Korban buat semua. Syukur, tahun ni dapat beraya di kg  ( Kedah) bersama kedua  orang tua... Sungguhpun tak semua adik-beradik dapat berkumpul pada Aidiladha  ini kerana urusan masing-masing. Semoga Aidiladha akan datang dapat berkumpul semuanya....Cupcake di atas pula adalah tempahan khas untuk menyambut aidiladha.. cupcakenyer sangat sedap dan kreatif...pembuat cake adalah Mimi n designer pula adalah Munirah...Silalah lawati facebook mereka untuk melihat lebih banyak karya yang lebih kreatif .

Saturday, November 5, 2011

Menggayakan Jubah Konvo...招集のローブでポーズをとって

heheheh..Pink nala betul...but still look great :D

DiKonvokan..招集

Ijazah Sarjana Muda Sains BioPerubatan Dengan Kepujian
 2 thn 6 bulan tempoh pengajian telah selesai dan dengan rasminyer konvo pada Sept 2011.....Akhirnya dapat menghela nafas lega, buat keluarga dan rakan-rakan, terima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan dan buat para pensyarah , jutaan terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan.

Wednesday, June 22, 2011

PeNanGan

Ha..Nilah ceritanya....Mata still terkebil-kebil walaupun badan dah tired sangat..Penangan Nescafe sebenarnya.  Petang semalam jam 6 pm minum nescafe ice 2 gelas...Ambik ko...2 pagi baru dapat tidur..Adik aku lagi teruk, puas tergolek kiri kanan, tak jugak lena-lena. So next time kena adjust timing minum....
Al- Kaedahnya , ngapalah minum nescafe sakan-sakan tu? Pertama, sememangnya aku ni penggemar nescafe dan yang keduanya, ada peraduan rumah idaman nescafe....Chewah..berangan. Eh! Mana tahukan, tuah ayam nampak di kaki. Tuah kita ni hanya Yg Maha Esa Yg Maha Tahu.
Berkebetulan dengan itu, time mata dok terkebil-kebil tu, aku pon mainlah game sloto ni kat FB..ni penyakit baru ni..Dah lama jugak aku tak hiraukan segala game yang ada....Akhirnya terjebak balik...hehehehehe... Jangan sampai kronik disorder sudah...

Tuesday, June 21, 2011

KuRang Sense Of BAU

Mesti terasa pelik jer dengan tajuk nikan.... sebenarnya nilah antara kelemahan aku...Sense untuk behavioral analysis.....entah kenapa lah? rasanya aku bukannya blurrr.....may be kurang peka kot......... Data depan mata lambat di proses....or aku ni jenis yang x ambik kisah? Lantak kau lah....Tapi sangatlah penting untuk ada sense of BAU nikan...coz hati manusia siapalah yang tahu......
Dah Macam Kes Criminal Minds pulak.

Monday, June 20, 2011

Glitter Night

Perh....mahu x pening nak cari pakaian ngikut tema ni.....Program hujung minggu ni.x nak ikut x boleh sebab aku lah MC nyer. Aper kes MC x ikut tema....Punya lah puas dok fikir....Rasanya dah ada idea yang sesuai...tapi nak g cari x tahulah sempat atau tidak... minggu ni busy lak tu.......
Sangat Sesuai... Mcm Diamond la pulak...

Antara pilihan hairband yang menarik lagi menepati tema. Bertudung  pon tetap cantik.
perh.......ader berani pakai kasut mcm film star ..... confident habis.

Mungkin cukup sekadar menggayakan glitter clutch... tentu menarik.

Sunday, June 19, 2011

DiMana LucKy StaRKu

Perlukah lucky clover? banyak perkara tergendala..kalau sebelum ni laptopku telah ku pinjamkan..malangnya setelah kembali di sisi, screen pula yang ada problem....berbalam-balam pulak tu...huhuhuhu. banyak perkara yang hendak di kongsikan.....banyak juga perkara yang hendak diluahkan......banyak gambar yg hendak di uploadkan.....semuanya tergendala...
Sebenarnya hajat di hati nak cari pengganti, namun apakan daya wang masih belum mencukupi...terpaksalah  bertahan dulu sebulan dua ni..harap-harap cepat-cepatlah dapat giliran kutu kat makmal... dapat belilah beli yang baru..... dalam keadaan yang berharap begini ...kalau ada yang sudi menghadiahkan alangkah bahagianya.......
Ni lah  benda ke 2 yang perlu diganti... Senang kalau nak snap gambar manik -manik yang customer tempah...Digital camera  yang sedia ada brand Ben-Q.. sudah mencecah usia 6 tahun dan menggunakan bateri 2A...teknologi dan kualitinya dah jauh ketinggalan..... tapi masalahnya ongkosnya buleh tahan non...

Thursday, March 31, 2011

Laptop Wa Kena Pinjam

Al Kaedah , dah lama lah x dapat nak updatekan blog ni...gegambar aktiviti bulan Mac  pon x di upload lagi. Tergendalalah blog buat sementara waktu......Harapnya nanti cecepatlah laptop Hariffadilah dibaik pulih...

Wednesday, March 9, 2011

Perkahwinan Syafik Dan Ati

Semoga Berbahagia
Riang ria bebudak court di majlis perkahwinan syafik dan ati...jom ikuti list ni :-
Court yg hadir :-

1. Azura Aka Cucu
2. Pooja Aka Ibu
3. Tini Aka Kakok
4. Zarina Aka Adik
5. Aswida Aka Orang Laut
6. Wirda Aka Ann
7. Anisah Aka Anis ( tiada dalam gambar)

Court yg x hadir :-

1. Atikah Aka Awak-awak
2. Liza Aka Jerd
3. Linda Aka Mok
4. Mira Aka Mir

Tuesday, February 22, 2011

Ba.Kul. Ta.Hun. Ba.Ru. Cina


Bakul Tahun Baru Cina di manafaatkan sepenuhnya - letak item-item yang rutinly aku guna. Kalau sebelum ni ada yg kat rak buku kat ruang tamu, ada jugak yang bersepah atas katil jer..kekadang tidur ngan planner pon ada gak. dah letak semua dalam bakul, letak pulak kat penjuru katil..senang..nak view item aper..moh aku perkenalkan. 

Ni buku cerita terbaru dalam bacaan aku..Adik aku baru bagi 2 hari lepas, tak tahu lah bila nak habis.  Kawan adik aku yang belikan..Al-Kisahnyer adik aku ni hobi dia membaca..Aku cuma baca time nak lena jer..heheheh..kekadang tak sempat baca pon dah lena..kui..kui...kui..Yang penting koleksi buku Habiburrahman memang dikumpul oleh kami adik beradik. 

Buku ni dah lama beli kat MPH...dulu sebelum sambung bioMed rajin jugak aku buat yoga ni..tapi dah 2 tahun setengah x buat...bila start balik yoga  ni..perh....spring keras sudah...sambil layan instrumental muzik..Cd ni free..ada satu tahun tu company bagi kat semua staff chempath.

CD ni baru jer beli..untuk hujung minggu..coz malas gi jogging kat tasik...dekat 2 jam jugaklah...cuma masalahnya step N lagu poco2 dia tak sama dengan yang biasa..kekok sikit..baru-baru biasalah kan. Aper-aper hal pon tetap layan.

Selain CD drama korea dan CD kartun Barbie kat rak TV, aku ada gak CD lagu hindustan. Sekali sekala layan, memang terbaik.  Tak tahan letak dalam bilik tu...maksudnya aper ?..x boleh pinjamla..hehehehe..

3 sedara ni memang wajib bukak tiap hari, sebelum ni tempat dia orang kalau bukan dok dalam handbag , mesti kat atas katil .  A-Maklumlah.. sebelah kan luas .. katil Queenlah katakan, hehehehe..
Ni ala-ala Diary la kot..cumanya isinya bukanlah luahan rasa tapi perancangan-perancangan dalam kehidupan..chewah...
Nilah antara isi-isinya..ada jadual, ada list perkara yang nak di buat dalam hidup, perancangan aset, flow kerjaya, macam-macam aderlah... 
Buku ni kira katanya lebih kurang buku motivasi lah.... yang pasti setiap hari kena baca walaupon sehelai..

Ni Planner aku, kecik comel jer- tak banyak maklumat pon- sekadar untuk simpan alamat, no acc. dan paling penting kira bajet gaji bulanan..Dah hampir 5 tahu di gunakan, dah lama jugaklah berjasa..

Hehehehe- kotak Apple Donut ni aku simpan kupon dan sticker  untuk tebus donat free nanti...

Last sekali buku rujukan jahit manik aku..sebelum ni letak kat rak buku kat luar kat bersama dengan buku masak..sekarang dah masuk bilik sebab workstation manik pon dok dalam bilik, so senanglah kerja nanti.

Sunday, February 20, 2011

As.Re.QueSt....

Al- Kaedahnya, hari tu Mashie ada la suruh aku letak gambar sendiri kat tingkap blog picture sebelum ni....keliru katanya, hehehehe...tiap kali view ada uppa handsome di tingkap bloq...okeyla tukan...dia kata lagi baik letak gambar sendiri..kui..kui..kui..malu-malu beruang la pulak nak letak gambar sendiri..takut terover dose kau...sapa nak jawab, buatnya langsung tak view lepas tu...kahkahkahkah...apa2 pon kerana mashie, aku tukar jugak...tapikan..bila pulak blog mashie-room nak tukar picture N update..sila jawab cik Mar oi....hehehehe.

Friday, February 18, 2011

Ke.Bu.Sy.aN

Kesian kat wa and member-member wa minggu ni...menjalar, memanglah busy amat bilakalanya PSM buat hal , bukan sehari pulak tu, berhari-hari kau , N banyaklak tu result patient kena masukkan manual...naik pening kepala wa... dah ala-ala kerani pon ada gak....sabo jerlah, mana nak mengejar TAT lagi...Asal boleh der....



Monday, February 14, 2011

Te.Kak. Bu.At. HaL.

Malam ni tetiba la pulak teringin nak makan donut..Mana nak cari time-time macam ni..memang cari pasalla..Selongkar dapur..nasib baik cukup syarat..buat sendirilah al kaedahnya.. TQ to kak hana, aku ikut resepi dia cuma adjust sikit untuk sorang jer makan..bolehlah....
Antara bahan-bahannya
aku suka kosong macam ni jer


Di.Am. Ber.I.Si.

  
Hujung minggu lepas tak dapat nak update blog sebab sibuk g belajar buat cupcake dengan Amon dan PiaH...hehehehe musim orang sibuk berniaga cupcake kita pon sibuk jugak, tak tahan betul tapi bukanlah niat untuk berniaga..hasil seni saya belum capai standard lagi..hehehehe..
cupcake ni jenis butter cake..memang moistlah.
first design...bolehlah
asal boleh ajer
Cheese cake pon belajar jugak ..perh..wallah betul...memang totally cheese
Yang ni cheese cupcake..seronoknya