All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Monday, January 27, 2014

Persiapan Percutian Musim Panas di Busan & Jeju Island Korea

Cantikkan .... Aku dan rakan plan untuk bercuti di Busan dan Jeju pada musim panas 13 Jun-20Jun 2014. Aper yang best kat Busan dan Jeju ni, akan aku ceritakan dalam next entry. Carta perbatuan persiapan kami telah bermula sejak bulan Disember 2013 lagi. 

Untuk gaji bulan Disember hari tu kami booking flight Air Asia dulu. Harga promosi return lebih kurang RM635.70. Sebenarnya harga asal promo dalam RM490. Tapi sekejapan dalam masa aku tunggu maklumat rakan-rakan untuk booking, harga mula meningkat setiap kali refresh. So if kalian ader plan nak berjalan, make sure maklumat team dah memang ready. Senang bila harga tiket tetiba ada promo.

Gaji bulan Januari ni aku peruntukan bayar booking tiket ke Jeju. Dari busan ke Jeju Island ada 2 penerbangan yang aku dah shortlistkan iaitu Busan Air dan Jeju Airlines, masa penerbangan 45 minit sahaja. Tiket ke Jeju ni memang hot, sekejap jer sold out.Usha punya usha, akhirnya aku booking Busan air flight. Harga promo kami dapat RM275 return.. hahaha kalau tak rm 300 sehala jer tau. Selain dari lapangan terbang Busan kalian boleh booking dari lapangan terbang Inchon Seoul dan lapangan terbang Gimpo. Aku ada jugak usha feri ke Jeju, kot nak merasa lain sikitkan.. tapi if kalian dari Busan memang tak berbaloi sebab jeti feri tu jauh dari Busan, tapi kalau kalian dari Seoul agak okey sebab dia direct ke Jeju dan mengambil masa selama hampir 5-6jam. kalau nakkan cabaran apa salahnya sebab feri korea lapang, tak de kerusi, siap boleh baring-baring lagi dan harganya lebih murah. hihihi tupon kalau kalian tak mabuk laut la.

Untuk gaji bulan Feb nanti kami akan booking penginapan pulak.. So nantikan apa pilihan yang aku ada.. :)

Keputusan AJL28 Terbaik

Semalam aku pon tidak ketinggalan menonton rancangan berprestige TV3 iaitu Anugarah Juara Lagu 28 yang bertemakan Game On. Tapi rasanya tak ramai audience or peserta yang follow. So tak berapa nak game on lah hihihi. 12 lagu yang berentap merebut gelaran Juara Lagu iaitu :-

1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
2. Takkan Terpisah = Black
3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
4. Aku Pelat = Salam Musik
5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
6. Bosan = Stacy
7. Kalau Aku Kaya = Altimet feat Awi Rafael
8. Hanya Aku = Hyper Act
9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
12. Kau Yang Terindah = Alyah

Walaubagaimana pun hanya persembahan hafiz dan Jac benar memukau....Nyanyia hafiz benar meruntun kalbu dan kemantapan vocal Jac bersama 5 diva jemputan memang tidak dapat dinafikan. Berikut adalah keputusan AJL28 semalam.

1. Juara - Hafiz (Bahagiamu Deritaku)
2. Naib Juara – Hanya Aku (Hyper Act)
3. Tempat Ketiga - Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet)
4. Vokal Terbaik – Jacyln Victor (Ikut Rentakku)
5. Persembahan Terbaik – Hafiz (Bahagiamu Deritaku)

Thursday, January 23, 2014

MenCintaiMu

Benar ikrarku, lafazku mencintai Tuhanku dan Rasulku dengan sepenuh jiwa. Di saat aku menulis ini, air mata mengalir membasahi pipi. Aku tahu betapa aku mencintai....namun mengapa begitu sukar untuk aku menzahirkan cinta kepada Allah dan Muhammad dengan sepenuh jiwa. Di saat melafazkan kata, melakukan perkara, sukarnya untuk aku mengingatkan diri, bukan begini akhlak hamba yang mencintai dan umat yang mengasihi. Lafaz dan perbuatan lebih pantas daripada pemikiran. Dikala sedar aku sanggup mati keranaNya,  Dikala leka, masa berlalu tanpa mengingatiNya. Mungkin cinta ini tidak cukup dalam sehingga mudah diperlakukan Iblis dan Syaitan. Dipujuk-rayu agar lebih mencintai dunia. Digula-gulakan dengan nikmat di hadapan mata. Ramai yang memperjuangkan jihad politik, jihad ekonomi, jihad itu ini.....bagaimana untuk memperjuangkan jihad sebesar itu jika diri masih begini...

Sunday, January 19, 2014

TIPS: Kronologi Projek Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK)

Pengalaman aku dalam KIK tidahlah seluas mana, tidaklah sehebat sifu-sifu di luarsana. Namun bagi yang mahu berjinak-jinak dengan dunia KIK, tip yang bakal aku kongsikan ini akan membantu kalian. Jika ada salah dan silap, mohon sifu-sifu di luar sana memberikan teguran. 
Ok, flow yang aku kongsikan hanyalah contoh yang telah kumpulan aku praktikkan selama ini. Projek KIK yang baik perlulah mempunyai story line yang tersusun dan kemas. Dalam projek KIK turutan sangat penting kerana jika story line projek kalian seperti lagu hindustan, sekejap menari digunung, sekejap menari di pantai, maka projek akan kucar kacir dan pemahaman juri dan audience menjadi sukar.

Kronologi untuk slide dan projek :-
1. Struktur organisasi 
2. Pencapaian Organisasi
3. Maklumat kumpulan
4. Organisasi kumpulan
5. Etika n Moto
6. Bukti keahlian/ kerjasama
7.PDCA
8.Carta perbatuan
9.Pemilihan projek
10. Matrik
11. Shotlist masalah & bukti
12. Projek/masalah yang dipilih
13.Hubungkait masalah
14.Justifikasi pemilihan masalah
15.Objektif projek
16.Impak
17.Terminologi
18. 5w1h
19. latar belakang masalah + data terkini sebelum
20. Benchmark
21. Penetapan sasaran projek
22. Pareto dll
23. Tulang ikan Ishikawa
24. Verifikasi punca +bukti
25. Cadangan penyelesaian masalah- pro kontra
26. list cadangan
27. Plan tindakan 
28. 5w1h - cadangan penyelesaian
29. carta alir sebelum dan selepas cadangan- kerja/sistem/proses 
30. Manual penggunaan penggunaan sistem/produk
31. Ujian kualiti keatas sistem/produk
32.Bukti perlaksanaan ujicuba/trial
33.Analisa data selepas
34. Pareto perbandingan sebelum selepas
35.Pemantauan hasil ujicuba
36.Penyeragaman- setempat/ organisasi luar
37.Penambahbaikan produk/sistem termasuk plan kontigensi jika perlu
38.Analisa kos faedah- masa, bilangan, rm, sumber manusia + bukti
39. Analisa pencapaian hasil projek+ bukti
40.Maklumbalas pelanggan
41. Limitasi projek
42. Faedah kepada ahli

Chicken Soup for the Seoul : An Umeboshi on Onigiri Story

Cerita ini sentiasa menjadi pedoman untuk aku tatkala berasa sangat down dan ada ketikanya berasa terlalu merendah diri. Apabila hati berbisik, alangkah baiknya jika aku hebat seperti dia. Jika kalian berasa tidak istimewa, eloklah baca ini yang aku petik ketika menonton anime Fruit Basket.
Yang dipegang oleh Tohru itu ialah onigiri iaitu bebola nasi jepun, dan dibelakangnya pula disumbat dengan umeboshi iaitu jeruk plum.

Sebenarnya terdapat banyak jenis dan bentuk umeboshi. Tetapi mereka tidak dapat melihat umeboshi masing-masing, kerana ia adalah di belakang mereka. 


Oleh itu percayalah,kita semua ada kelebihan dan keistimewaan kita yang tersendiri dan apa salahnya kalau kita berbeza.

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Final part

DAY 4
Hari ke 4 kami melawat Gyeongbokgung Palace yang sepatutnya kami visit pada first day.  Dek kerana hujan, kami bawa ke hari ini. Di hadapan istana ini memang ada pengawal istana yang akan bertukar shif setiap 1 jam. Kami beruntung kerana sempat melihat upacara ini

Beginila suasana di dalam istana, terdapat kawasan lapang yang luas untuk berkumpulnya sebarang aktiviti istana. Dalam kawasan yang luas ni memang banyak istana kecil dengan jarak yang jauh santara satu sama lain. Memang logik kalau ada yang tidak pernah bersua muka sepanjang berada di dalam istana, apatah lagi kawasan istana bukan boleh dilalui sesuka hati. dan kami pon tidak sempat menjelajah kesemua kawasan istana yang luas ini.

Ini ialah Geunjeongjeon, singgahsana maharaja berkumpul bersama pembesar negara menguruskan urusan rasmi negara.

Pavilion ini tempat mengadakan keramaian istana. Kawasan lain seperti Hyangwonjeong, Geoncheonggung, Geunjeongjeon Haenggak tidak sempat dilawat kerana kami bergegas menuju ke Kimchi Academy.

Singgah makan tengahari di Myeongdong.

Seoul Kimchi Academy
 Gyeongdo Bldg. 4th floor Myeongdong, Jung-gu, Seoul, bayaran : 30000w ( rm90), belajar buat kimchi dan boleh bawa balik kimchi sendiri.. bergambar dengan hanbok ni free.

Sebenarnya takderlah susah sangat nak buat kimchi ni.. sekali belajar jer terus pandai. Boleh balik buat kat Malaysia. Memang best.. rugi kalau dah sampai korea tp tak belajar buat kimchi.. cikgu kat sini tahu juga sedikit bahasa melayu.

Wednesday, January 15, 2014

Macam Comel Jer Macam Rindu Jer

Sweet Memory
mizzura : ala aizat, x leh nak snap gambarla.. kaki ayam ni kacaula....
mr.aizat: ( tergelak kecil) kaki ayam??
mizzura : ni..ayam kat cermin ni..( pastu pandang mr.aizat di sisi). errr ni bukan ayam ker? abistu ni lambang aper?
mr.aizat : ayam !!! ni lambang liverpool.
mizzura: o........hehehehehehe

Aku Sayang Isteri Aku ...Kau Hado?

Alahai anak-anak lelaki zaman sekarang. Sayang sungguh kepada isteri masing-masing. Aku paham la, isteri tu kau pilih sendiri tak macam ibu bapa dan adik-beradik yang telah ditentukan Allah. Tapi kalau tak ada diorang, belum tentulah kau jumpa dengan isteri kau sekarang. Huh!! Kamu itu sudah seharusnya mentaati ibu dan bapa, menjadi ketua keluarga, memikul tanggungjawab membawa keluarga ke jalan yang syurga. Tidak ada makna jadi lelaki kalau tidak ada sifat ini, apatah lah lagi dengan senang hati membiarkan anak perempuan menggalas semua ini. Lebih mengharukan kalau kaulah anak lelaki kesayangkan ibu, segala keperluan, duit ringgit dilebihkan, ditegur ibu dengan lembut di atas apa pun kesalahan yang kau lakukan.

Dan kau isteri, apa guna mengungkapkan sayang, cinta , setia sehingga hujung nyawa sedang kau menjadi punca suami kau menjadi penderhaka. Kau menjadi kayu pembakarnya di akhirat kelak. 


Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."

Monday, January 13, 2014

MuHamMadKu

Sallallahu
Sallallah ala Muhammad,
Sallallah ala Muhammad,
Salawat yang di lanjutkan,
Senantiasa atas Ahmad,
Yang lentera kegelapan.

Sallallahu,Sallallahu,
Ala Ahmad, Nur ul-Huda,
Sallallahu,Sallallahu,
Ala Ahmad Mustafa.

Ahmad itu penjelmaan,
Cinta Ilahi dan nikmat,
Cahayanya dari Tuhan,
Mari kita bersalawat.

Salawat dengan tiap nafas,
Sejumlah tiap butir pasir,
Moga-moga, tak terbatas,
Salawat membuka tabir.

Salawat adalah cahaya,
Dan jikalau dikirimkan,
Jadi cahaya atas cahaya,
Campurannya mengharukan.

Salawat adalah suria,
Tapi tak pernah terbenam,
Bagai matahari dunia,
Hilang dan menjadi suram.

Salawat atas Muhammad,
Yang diutus demi cinta,
Sallallahu ala Ahmad
Berkahnya kita meminta.

-DEBU-

Friday, January 10, 2014

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part 6

Day 3
NamSan Tower or Seoul Tower
Setelah seharian travel ke Nami Island, kami terus ke Namsan Tower menaiki bas. Seharusnya aktiviti ini kami lakukan pada esok hari, kerana permandangannya yang lebih cantik. Dek kerana hari pertama kami di Korea, hujan membasahi Seoul, makanya kunjungan ke tower ini diawalkan bagi membolehkan kami melawat Gyeongbokgung Palace di sebelah pagi esok.
Akhirnya sampai jugak... Sayang tak dapat menaiki puncak tower dan melawat muzium teddy bear kerana kami kesuntukkan masa. Hanya dapat meronda di dek tower sahaja.

Harga tiket 9000w Namsan Tower, Muzium Teddy Bear pon 9000w. Tapi kalau beli pakej 14000w sahaja.
Lock Your Love di dek tower, kat dalam replika love tu dipenuhi manga-manga cinta.
Permandangan bandar Seoul dari dek tower.
Dapat jugak bergambar dengan kerusi ni dengan Jamie berlatarbelakangkan puluhan ribu manga cinta.

Thursday, January 9, 2014

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part 5

Day 3
Nami Island
Dek kerana cerita Winter Sonata, cita-cita untuk menjejakkan kaki di Nami Islan telah lama tersimpan di dalam hati. Plan asal ke sini menaiki ITX- train express tapi apakan daya tiket telah habis di jual. Banyak pelancong pada musim luruh ini. Akhirnya kami mengambil train biasa untuk ke Station Gapyeong, terpaksa bertukar aliran train di pertengahan perjalanan. Tiba di Gapyeong kami naik teksi ke Jeti Nami Island. Kena beli visa dulu 8000w termasuk tambang feri. Kami sangat beruntung kerana ditemani blogger terkenal Jamie Liew. 
Serius permandangannya sangat cantik sunguhpon dipenuhi ribuan pelancong. Cuaca yang dingin terasa nyaman sekali. Nami Island ni kecil sahaja, bentuknya half moon dan ianya dibuka kepada umum pada tahun 2002 selepas menjadi ikon drama Winter Sonata.
Makan tengahhari kami pilih Drama Cafe yang menghidangkan Nasi Goncang ( Nasi+Kimchi+Telur), harga 5000w sahaja. Time lapar memang semuanya sedap. Oh yer, nasi ni memang kena goncang panas-panas sebelum makan.
Permandangan musim luruh yang indah... daun kuning keemasan, bunga-bunga nyer pula sungguh memukau. tidak dapat di ungkapkan betapa indahnya ciptaan Tuhan. InsyaAllah, jika panjang umur akan sampai lagi ke sini.
Kalau nak tahu, memang tidak lengkap kalau visit Korea tanpa menikmati keenakkan susu pisang ini. Apatah lagi minum sejuk-sejuk, sebotol memang tak cukup.
Susu pisang brand ini paling famous n sedap. Harga dalam 1200w sebotol. Ader yang member kata kat Cold Storage kat Malaysia ader jual. Nanti boleh cuba pergi cari.

My Travel Mania Planning

Alhamdulillah, perancang untuk travel tahun ni berjalan lancar. Tempahan dan persiapan awal sedang dilakukan sedikit demi sedikit. Mudah-mudahan pengembaraan pada tahun ini dipermudahkan dan di penuhi kenangan terindah . Semoga kembara di bumi Allah ini akan memberikan pengalaman, pengajaran dan membangunan jiwa ini. Semoga menjadikan aku hamba yang lebih baik, lebih taat dan lebih bersyukur.

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part 4

DAY 2
Setelah seharian di Hanok Culture Village, kami singgah minum minum petang di Bene Cafe. Harga berpatutan dan semuanya sunguh lazat.
Shopping kasut pulak.. harga sangat berbaloi dan kasut sangat berkualiti. Dah balik Malaysia rasa rugi pulak sebab beli sepasang jer.
Kami makan nasi goreng sotong di Yoogane Myeongdong... Budget sorang 5500w. Sedar tak sedar, habis sebelanga.
Shopping kat Myeongdong Market. Memang happening time malam. Kat sini memang sangat banyak  kedai menjual kosmetik korea dengan harga yang sangat murah. Mask semurah rm 1.50 sekeping tau. Accessory wanita juga banyak dijual di sini. Tekstile pula lebih banyak pilihan berbanding Namdaemun Market, lebih murah dan berkualiti. Roti telur yang kami makan tu nama dia Gaeran Bbang, harga 1000-2000w.

Next : Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part 5 ( Nami Island n Namsan Tower) 


Wednesday, January 8, 2014

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part 3

Day 2
Lamanya tertangguh, sebenarnya aku pon tak tahu nak post gambar yang mana sebab semuanya best. Dari over 1000 snap, memang kelabu jugak mata kan...So, untuk day 2 ni jejalan kami banyaknya untuk shopping cenderahati.
Bazar kerongsang kat Namdaemun Market. Jangan risau, kebanyakkan ajumma or unni boleh berbahasa melayu.
Cenderahati ni aku beli kat Nammun Accessory. Plaza yang ada banyak kedai jual barang cenderahati korea. Ni pon dekat area market Namdaemun jugak.
Kalau nak beli baju love korea, ada satu tempat kat tengah jalan Namdaemun market ni. Kat sini jer paling murah, tempat lain confirm tak dapat. 3 helai 10000wa tau rm33 hanya warna putih/kelabu. Jika warna hitam atau selainnya 2 helai 10000w. Beli jangan tak beli.
Tak jauh dari tempat jualan baju love korea, ada ajumma jual sotong panggang ni.. sedap memang debom lah. Sotong sangat wangi dan lembut. 
Brother ni memang lucu gila. Macam-macam bahasa pandai. Korang boleh beli kuih kukul tarea ni. Banyak artis korea pernah makan kat sini.
Ambil seoul subway untuk ker Hanok Culture Village. Tak jauh pon , beberapa station sahaja.

Balik ke Guesthouse untuk hantar barang, kami singgah beli ddeokbokki. Kuih beras pedas korea.
Makan-makan di laman bumbung sebelum meneruskan perjalanan.
Dah sampai di pintu gerbang Hanok Culture Village. Kat dalam nanti macam-macam aktiviti kalian boleh buat.
Boleh berangan buat sos macam dalam cerita Jewels of the Palace ni.
Permainan raja-raja, lempar anak panah... tak masuk pon hihihi
Structure dinding batu, betul-betul macam cerita zaman pemerintahan raja-raja korea.
Kami sempat mencuba pakaian tradisi korea- Hanbok.
Permandangan musim luruh yang sangat indah.. Peak season.
Musim luruh yang bergaya.. Posing ala iklan pulak.
Berjalan menuju Kapsul Masa Korea di dalam Hanok Culture Village.
Bersandar pada tempat kapsul masa di tanam. Ianya hanya akan di buka pada tahun 2394.
Menceritakan kapsul masa ini mengandungi mikrofilem video CD merakamkan hasrat 600 orang rakyat Korea untuk masa hadapan.

Bersambung untuk Part 4