All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Wednesday, January 15, 2014

Aku Sayang Isteri Aku ...Kau Hado?

Alahai anak-anak lelaki zaman sekarang. Sayang sungguh kepada isteri masing-masing. Aku paham la, isteri tu kau pilih sendiri tak macam ibu bapa dan adik-beradik yang telah ditentukan Allah. Tapi kalau tak ada diorang, belum tentulah kau jumpa dengan isteri kau sekarang. Huh!! Kamu itu sudah seharusnya mentaati ibu dan bapa, menjadi ketua keluarga, memikul tanggungjawab membawa keluarga ke jalan yang syurga. Tidak ada makna jadi lelaki kalau tidak ada sifat ini, apatah lah lagi dengan senang hati membiarkan anak perempuan menggalas semua ini. Lebih mengharukan kalau kaulah anak lelaki kesayangkan ibu, segala keperluan, duit ringgit dilebihkan, ditegur ibu dengan lembut di atas apa pun kesalahan yang kau lakukan.

Dan kau isteri, apa guna mengungkapkan sayang, cinta , setia sehingga hujung nyawa sedang kau menjadi punca suami kau menjadi penderhaka. Kau menjadi kayu pembakarnya di akhirat kelak. 


Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."

No comments:

Post a Comment