All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Sunday, January 19, 2014

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Final part

DAY 4
Hari ke 4 kami melawat Gyeongbokgung Palace yang sepatutnya kami visit pada first day.  Dek kerana hujan, kami bawa ke hari ini. Di hadapan istana ini memang ada pengawal istana yang akan bertukar shif setiap 1 jam. Kami beruntung kerana sempat melihat upacara ini

Beginila suasana di dalam istana, terdapat kawasan lapang yang luas untuk berkumpulnya sebarang aktiviti istana. Dalam kawasan yang luas ni memang banyak istana kecil dengan jarak yang jauh santara satu sama lain. Memang logik kalau ada yang tidak pernah bersua muka sepanjang berada di dalam istana, apatah lagi kawasan istana bukan boleh dilalui sesuka hati. dan kami pon tidak sempat menjelajah kesemua kawasan istana yang luas ini.

Ini ialah Geunjeongjeon, singgahsana maharaja berkumpul bersama pembesar negara menguruskan urusan rasmi negara.

Pavilion ini tempat mengadakan keramaian istana. Kawasan lain seperti Hyangwonjeong, Geoncheonggung, Geunjeongjeon Haenggak tidak sempat dilawat kerana kami bergegas menuju ke Kimchi Academy.

Singgah makan tengahari di Myeongdong.

Seoul Kimchi Academy
 Gyeongdo Bldg. 4th floor Myeongdong, Jung-gu, Seoul, bayaran : 30000w ( rm90), belajar buat kimchi dan boleh bawa balik kimchi sendiri.. bergambar dengan hanbok ni free.

Sebenarnya takderlah susah sangat nak buat kimchi ni.. sekali belajar jer terus pandai. Boleh balik buat kat Malaysia. Memang best.. rugi kalau dah sampai korea tp tak belajar buat kimchi.. cikgu kat sini tahu juga sedikit bahasa melayu.

No comments:

Post a Comment