All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau Malaya

Penalti 4 vs 3 & Overall 5 vs 4
Perlawanan harimau malaya menentang garuda pada malam ini sengit. Kedua-dua pasukan mempamirkan corak permainan yang baik dan stamina yang all out sehingga ke masa tambahan dan penalti.....Dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan juga doa pada penyokong  kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya....u r awesome...u r rock.....emas utk malaysia...TerBaik!!!!!

Jusco Maluri n Madam Lim's Restaurant

Setelah keputusan UPSR Muzaffar diketahui kami adik beradik  bersama-sama dinner kat  luar n belanja Muzaffar makan  Siam Fried Rice....memang kegemaran dia...thanks ummi auni for your trip. Tahniah buat adik Mohammad Muzaffar coz dapat 4A1B dalam UPSR. Teruskan usaha n selamat maju jaya.

Satay Marvelous

Thanks Reen sebab belanja satay ni..... sedap n lembut sungguh cuma kuah kacang jer cair sikit.. .. satay ni ditapau  dari  kedai Sup UK section 7 Bangi.... tengok cara si Muzaffar makan dah tahu marvelous...kata reen kelembutan dia x berapa nak maintain...so time lembut baru boleh tapau lebih....

Sunday, November 13, 2011

Pergi Kenduri or Litar Lumba (krets)

12/11/11- Konvoi beramai-ramai ke majlis perkahwinan rakan seLab di  Klang.... Sesampai di  perkarangan dewan parking kereta yang basah dan lembab, penuh lecak kesan tayar kereta, dan kereta Bell juga tak ketinggalan menjadi mangsa...Nasib baik saya turun awal sebelum parking kereta, takut heels tenggelam dalam selut sebenarnya.... Tahniah diucapkan kepada Siti Amnah dan pasangan. Lepas jer kenduri tu terus jer cari car wash terdekat...nasib baik ada yang berdekatan....setelah selesai singgah di Masjid Klang dan kemudiannya balik ke KL :D. Thanks Bell.....

Friday, November 11, 2011

LoVe LiKe A LoVe Song

KK Home Deko, Asus Notebook, Beading, Nescafe Mocha, Kumpulan Inovatif Kreatif, Watson, MidValley, HandBag, Barbie Movie n Camera Nikon

le meilleur gâteau (Kek Yang Terbaik)


Homemade cake yang konsistan  sedap dan kreatif dan amat saya berpuas hati, harga juga sangat berpatutan.
 Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook berikut :  
http://www.facebook.com/MnM.cupcake

Thursday, November 10, 2011

Kembara Impian Merentasi Realiti Kehidupan...꿈과 현실

Semalam Yang Menjadikan Hari Ini Yang Menentukan Hari Esok
첫째, 우리 모두 꿈은 ... 그냥 전망하고 그것을 찾을 수있을 수 있습니다. 마지막으로, 친구를 선택하거나 당신을 사랑

BraVo Group KIK PPUKM

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan semua kumpulan KIK yang telah mengambil bahagian . Sebanyak 22 kumpulan telah berentap di mana 16 kumpulan kategori pengurusan dan 6 kumpulan kategori teknikal.... Tahniah juga buat AJK Pemandu KIK PPUKM yang bertungkus lumus berusaha memberikan latihan dan sokongan yang terbaik untuk kumpulan.... PPUKM terus unggul menjadi johan bagi kedua-dua kategori dan mempertahankan teraju kemenangan....Semoga kemenangan akan terus menyinar untuk tahun-tahun mendatang... Sekali lagi tahniah buat kumpulan Benua Cipta ( Johan Teknikal ) dan MediPrima ( Johan Pengurusan)......sama-sama kita nantikan comeback kumpulan PerMaDi yang akan kembali berjuang di gelanggang KIK...2006 menyaksikan PerMaDi menggegarkan pentas KIK dan 2012 akan menyaksikan sejarah sekali lagi akan berulang.

Wednesday, November 9, 2011

Gaji Pertama Om Kena Paw ( äter gratis) :D

Memang nikmat terasa dapat makan ramai-ramai begini apatah lagi  semuanya percuma hahahahaha

Pak Long CD bersama anak daranya di pagi Hari Raya Aidilfitri

3 dara....Tan Tin Tun hahahaha....yg kecik tu Ten, cucu dara Pak Long CD...tengok duduk jer dah tau otai , sungguhpon umi dia dah try ayukan dia ngan gayakan baju kurung....nampak jer ganas tu ...tapi takut semut hahahaha... tulah point kami kalau nak usik dia....

Selamat Pengantin Baru....felix die nuptiarum

Sungguhpon tak berapa nak baru hehehehe...pernikahan  Nurul Azuani  dan Hafini  yang berlangsung pada  hari  2 September 2011 dan majlis resepsi pada hari berikutnya.... Semoga berbahagia dan kekal sehingga akhir hayat.

Tuesday, November 8, 2011

Salam AidilAdha

Selamat Menyambut Hari Raya Korban buat semua. Syukur, tahun ni dapat beraya di kg  ( Kedah) bersama kedua  orang tua... Sungguhpun tak semua adik-beradik dapat berkumpul pada Aidiladha  ini kerana urusan masing-masing. Semoga Aidiladha akan datang dapat berkumpul semuanya....Cupcake di atas pula adalah tempahan khas untuk menyambut aidiladha.. cupcakenyer sangat sedap dan kreatif...pembuat cake adalah Mimi n designer pula adalah Munirah...Silalah lawati facebook mereka untuk melihat lebih banyak karya yang lebih kreatif .

Saturday, November 5, 2011

Menggayakan Jubah Konvo...招集のローブでポーズをとって

heheheh..Pink nala betul...but still look great :D

DiKonvokan..招集

Ijazah Sarjana Muda Sains BioPerubatan Dengan Kepujian
 2 thn 6 bulan tempoh pengajian telah selesai dan dengan rasminyer konvo pada Sept 2011.....Akhirnya dapat menghela nafas lega, buat keluarga dan rakan-rakan, terima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan dan buat para pensyarah , jutaan terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan.