All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Monday, August 30, 2010

Mer.Deka.



 Setelah menonton 1957 Hati Malaya kat Tv 2, emosi aku agaklah bercampur baur, menghayati perjuangan generasi terdahulu.Penderitaan dijajah, harapan untuk merdeka dan impian masa hadapan jelas terpancar. Langsung aku memikirkan diriku ini. Selama ini aku tidak pernah merenung dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya...sekadar memeriahkan sambutan...dan cuti umum. Aku akui seumpama tin kosong, nampak  jer penuh tapi empty. Aku memang tak suka sangat nak ambik tahu bab politik negara, entahlah rasanya buat memeningkan kepala..asyik menunding jari sesama dan bila ada yg menjadi ahli politik untuk agenda tersendiri bukannya untuk rakyat lagi...Stesen tv, surat khabar , internet, berapa kerat jer yang bawa suara kebenaran?
EkoNoMoNey..HeHeHeHe


 Terus dipikir lagi, tak perlulah cerita ekonomi negara..ekonomi aku cukuplah..dapat gaji mcm atas angin jer..tolak pinjaman rumah,tolak hutang bank,tolak insuran, bayar bil maintanance, hantar kampung , kira kata 70% gaji tu singgah jerlah, pastu pepandailah budget nak sampai ke next gaji...tu belum kira hutang belajar lagi... ni pon aku dok sambung belajar...hutang lagi....merdeka ker mcm ni? sungguhpun kewangan aku mcm ni..sedekah aku tak lupa...InsyaAllah....




Bab yang aku paling takut, apakah aku penganut agama Islam yang merdeka? Yelah kalau secara fizikal rasanya mcm yer...moden muslimah tapi rohaninya aku bagaimana? Islam hanya kerana agama sejak aku dilahirkan? mungkin...  tapi aku benar-benar yakin..yang aku tidak akan memilih agama lain selain Islam cuma....Sedalam mana aku mengenali Allah dan mencintaiNya? Sejauh mana aku mengenali dan mencintai Muhammad, rasul junjungan, juga para sahabat? Aku mengaku aku mazhab Syafie tapi kenalkan aku siapa hambaAllah ini? Fahamkah aku akan maksud ayat Al-Quran atau sekadar membaca. Jujurkah aku melaksanakan suruhan dan ajaran Islam dan meninggalkan laranganNya? Aku perlu berusaha dari sekarang..... kerana penjajahan syaitan dan nafsu akan semakin berkuasa dan menggila bergula-gulakan godaan nikmat dunia seandainya teras imanku semakin rapuh dan tidak teguh, ilmu pula cetek terduga.....





kalau cerita bab ni..sampai pagi esok pun tak habis....cukuplah setakat ni dulu....overdose sudah...hehehehe, yang paling penting adalah tindakan.....penyesalan bergunung-gunung tapi jika tiada pembetulan apalah gunanya....bak kata Rizalman "my journey is still far ahead. Health, future, syurga/neraka ke?? byk lagi yang tak settle sampai la kita tutup mata. Dah tutup mata pun belum tentu lagi bole jawab soalan mungkar nangkir".

Friday, August 27, 2010

Per.SaHaBaT.An

Nikmat berbuka bersama rakan2,bersama2 mengimbau kenangan zaman universiti naiki lrt beramai2 ke bukit bintang,menapak dan memanjat anak2 tangga,sungguhpun penat namun tetap ceria. Dalam gelak ketawa,bergurau senda menjamu selera masakan Morocco, itulah bait-bait kasih sayang dalam persahabatan yang dibina atas dasar kejujuran dan keikhlasan.Semoga ikatan ini terpelihara, kuat dan utuh dengan sokongan bersama. 


Bagi aku, dalam persahabatan umpamanya jari jemari, masing2 ada keistimewaannya tersendiri, akan ada fungsinya bila tiba masa dan ketikanya. jika satu tercedera, jari lain turut merasai kesukarannya dan membantu bersama membantu melakukan tugas jari tercedera sehingga ia pulih sediakala. 


Thursday, August 26, 2010

DoA & KeKuaTan



Semalam aku benar berdoa agar Allah memberikan aku kekuatan. Hari ini Allah memakbulkannya sungguhpun ianya tidak tercapai akalku. Pada sebelah pagi aku dimaklumkan, seorang kenalan ku sedang menyiapkan diri untuk kembali. Tidak ku sangka sepantas ini Allah menginginkan dia di sisi. Sebak terasa tidak terkata, semoga Allah memanjangkan umurnya. Aku kuatkan diriku menerima ketentuanNya. Ketika rehat tengahhari, pada saat mata ini ingin terlelap seketika menghilangkan lelah yang ada, phone berdering. Terukir senyuman melihat nama yang terpapar di skrin phone, panggilan dari insan yang rapat dan antara yang paling aku sayang. Namun senyuman yang terukir tidak lama, berita yang diterima membuatkan aku terkelu seribu bahasa....satu perhubungan sedang retak meniti belah....YaAllah , dugaan apakah ini? Semoga rahmat Ramadhan ini menyelamatkan dan mengeratkan kembali perhubungan mereka dan menghangatkan lagi kasih sayang di antara mereka.  Aku kuatkan semangat ini untuk bersama2 membantu mereka agar semuanya pulih seperti sediakala...Semoga usaha ini di BerkatiNya. Pada hematku, Allah sedang memberikan aku kekuatan melalui caraNya sendiri. Aku Redha wahai Tuhanku. Pada sebelah petang pula semuanya berjalan seperti biasa sahaja. Tiba-tiba Allah memperlihatkan aku satu petunjuknya.............kali ini aku hanya mampu menitiskan air mata hati.....Allah telah meyakinkan aku yang dia bukan milikku.........Aku kuatkan hati menyatakan cinta ini masih bukan untukku.......aku redha melepaskannya.....dan malam ini aku rasakan yang aku bukan lagi aku yang semalam..........dan aku tetap bersyukur terhadapNya.


KeTaWa & AiR MaTa, ItU SeBeNarNyA CiNtA

BiLa NaK SiaP?

 Itulah yang sedang aku congak-congakkan. Bilalah kajian aku ni nak siap? Pelbagai rintangan dah pun diharungi, semakin lama terasa perjalanannya semakin jauh, pembacaannya perlu semakin mendalam dan masa pula semakin kesuntukan...resah aku memikirkannya.Pada saat-saat akhir semester ini aku tercari2 kekuatan dan keghairahan untuk mengakhiri apa yang telah aku mulakan 2 setengah tahun yang lalu. Please...Please...Please...Ya Allah, Kau kurniakanlah kekuatan dan ilham untukku agar semuanya akan berakhir dengan sempurna. Amin.
2011 di  Langkawi : Impian aku untuk berehat dan bersantai di tepian pantai .

Tuesday, August 24, 2010

C.I.N.T.A


Cinta, setiap hari dan setiap nafas ini, aku banyak melihat cinta.....ada yang terlalu indah, ada yang mendebarkan dada, ada yang membuat aku cemburu yang tidak terhingga, ada yang aku menitiskan air mata....aku berasa bahagia melihat cinta pada sinar mata mereka, pada senyum tawa mereka...aku berdoa ketika tingkap mata ini dibuka pada esok yang bakal menjelma, pada saat tercurahnya sinar cahaya, aku diperlihatkan cinta olehNya, Sebuah cinta untuk aku yang tidak pernah lelah menunggu.