All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Monday, August 30, 2010

Mer.Deka.



 Setelah menonton 1957 Hati Malaya kat Tv 2, emosi aku agaklah bercampur baur, menghayati perjuangan generasi terdahulu.Penderitaan dijajah, harapan untuk merdeka dan impian masa hadapan jelas terpancar. Langsung aku memikirkan diriku ini. Selama ini aku tidak pernah merenung dan menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya...sekadar memeriahkan sambutan...dan cuti umum. Aku akui seumpama tin kosong, nampak  jer penuh tapi empty. Aku memang tak suka sangat nak ambik tahu bab politik negara, entahlah rasanya buat memeningkan kepala..asyik menunding jari sesama dan bila ada yg menjadi ahli politik untuk agenda tersendiri bukannya untuk rakyat lagi...Stesen tv, surat khabar , internet, berapa kerat jer yang bawa suara kebenaran?
EkoNoMoNey..HeHeHeHe


 Terus dipikir lagi, tak perlulah cerita ekonomi negara..ekonomi aku cukuplah..dapat gaji mcm atas angin jer..tolak pinjaman rumah,tolak hutang bank,tolak insuran, bayar bil maintanance, hantar kampung , kira kata 70% gaji tu singgah jerlah, pastu pepandailah budget nak sampai ke next gaji...tu belum kira hutang belajar lagi... ni pon aku dok sambung belajar...hutang lagi....merdeka ker mcm ni? sungguhpun kewangan aku mcm ni..sedekah aku tak lupa...InsyaAllah....




Bab yang aku paling takut, apakah aku penganut agama Islam yang merdeka? Yelah kalau secara fizikal rasanya mcm yer...moden muslimah tapi rohaninya aku bagaimana? Islam hanya kerana agama sejak aku dilahirkan? mungkin...  tapi aku benar-benar yakin..yang aku tidak akan memilih agama lain selain Islam cuma....Sedalam mana aku mengenali Allah dan mencintaiNya? Sejauh mana aku mengenali dan mencintai Muhammad, rasul junjungan, juga para sahabat? Aku mengaku aku mazhab Syafie tapi kenalkan aku siapa hambaAllah ini? Fahamkah aku akan maksud ayat Al-Quran atau sekadar membaca. Jujurkah aku melaksanakan suruhan dan ajaran Islam dan meninggalkan laranganNya? Aku perlu berusaha dari sekarang..... kerana penjajahan syaitan dan nafsu akan semakin berkuasa dan menggila bergula-gulakan godaan nikmat dunia seandainya teras imanku semakin rapuh dan tidak teguh, ilmu pula cetek terduga.....





kalau cerita bab ni..sampai pagi esok pun tak habis....cukuplah setakat ni dulu....overdose sudah...hehehehe, yang paling penting adalah tindakan.....penyesalan bergunung-gunung tapi jika tiada pembetulan apalah gunanya....bak kata Rizalman "my journey is still far ahead. Health, future, syurga/neraka ke?? byk lagi yang tak settle sampai la kita tutup mata. Dah tutup mata pun belum tentu lagi bole jawab soalan mungkar nangkir".

No comments:

Post a Comment