All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Wednesday, February 24, 2016

BESARNYA UJIANMU UNTUKKU

Tidak tertanggung menghadapi ujian dan dugaan ini..... Tidak termampu menghadapi... Namun masa tidak berhenti... yang menanti tetap menanti... getir perlu di hadapi.... kalau positif kita akan kata ini bukan penghujung cerita tapi permulaan bab baru. Aku seperti tidak mampu untuk positif seperti itu kerana penghujung ini seperti akan terjun kedalam gaung yang dalam, seperti ditolak dari curam yang tinggi.. permulaan bab yang pasti tragis.. samada aku mati atau hidup semula....Andai ini ujian untuk mendapat rahmat dan jalan terbaik untukku, berikan aku kekuatan untuk berpegang kepadanya...  Andai ini penghapus dosa-dosa lalu, maka Engkau berikan aku lebih kekuatan menghadapinya.  Semoga kau adili ku berdasarkan keampunan Mu tidak keadilan Mu. Semoga ada satu kebaikanku menghapuskan segala dosa-dosa ku. Jauhi aku dengan satu dosa yang menutupi segala kebaikanku. Hanya kepadaMu aku merayu duhai Tuhanku yang Satu.

Tuesday, February 16, 2016

LEO Mystical Magic


Semangat SiLeo Bima Sakti
Pelik tapi benar, kalau sebelum ini aku pernah berkata kepada seorang teman  ku yang di sebaliknya aku melihat semangat Phoenix yang hebat dan cantik dan tidak terbanding dengan diriku yang kurasakan seperti naga hijau macam dalam ikon whatapp dan sungguh aku tidak suka merasakan diri ini begitu...  Tahun ini mahu semangat Si Leo meresap ke dalam diri seperti Leo yang sejati. Cheeewah. 
Mystical Magic kalau benar ia akan berlaku. Memang geli hati bila buat post ni kat FB.. mau tak nya. Rasa-rasa dapat berlakon cerita apalah tahun ni? Ada hati jadi retis... hahaha dalam mimpila terutama yang no 4 tu.


My Dream Catcher .
 Bagi kepercayaan Natives American, dream catcher adalah untuk melindungi daripada mimpi buruk. selain lambang kekuatan dan kesatuan kaum. Bagi kita muslim, doa dan tawakal kepada Allah yang mampu melindungi daripada segala keburukan dan ketakutan.

Monday, February 15, 2016

IKEA CHERAS di Tahun Baru Cina


Aku mengambil kesempatan pada hari ramai warga kuala lumpur yang bercuti dan pulang ke kangpung halaman pada cuti tahun baru cina pada tahun ini untuk window shopping di Ikea Cheras. Ronda- ronda mencari inspirasi yang simple untuk projek rumah nanti. Sungguhpun cuti, pengunjung masih boleh tahan ramai. hampir 40 minit juga perlu beratur untuk membuat pembayaraan makanan dan barang-barang yang di beli.

kalau bagi yang belum pernah mencuba meatball, bolehlah cuba sekali,  ayam dan kepak ayam pada aku kurang menepati selera kerana kepak ayam terlalu berminyak dan tekstur ayam bakar pula kulitnya rangup san isinya lembut tapi kurang rasa.. mild sangat... Satu yang best ialah mushroom soup Ikea. memang terbaik.. boleh try..

ada budak ( adik aku yg ting tong ) berangan di Ikea

sentuh sana sentuh sini mencari inspirasi.. 

Bagi yang nak pergi Ikea boleh pakai aplikasi waze, senang jer. paling tidak pon boleh google map.