All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Wednesday, February 10, 2016

Tip : Persiapan Sebelum Percutian Di Seoul Korea 2015

ok.. sebenarnya pernah pos persiapan asas masa ke Korea tahun 2013 dulu.
http://mizzuraheartbeat.blogspot.my/2013/12/tip-persiapan-sebelum-percutian-di.html

humm kalau nak tambah pon may be sikit jerlah kot... kali ni sebab pergi sendiri dari malaysia aku dah sibuk print coupon dan voucher promotion terutama untuk tourist.  antara website yang korang boleh cari ialah :-

COUPON VOUCHER

http://www.koreagrandsale.co.kr/en
website ni memang terbaik..akan update promotion yang terbaru.. yang ni pon boleh jugak
http://www.vkc.or.kr/en/benefit/coupon.asp
atau
http://english.visitkorea.or.kr/enu/index.kto
cari kat bahagian promotion ok. nak survey tempat or cara nak pergi semua kat website ni sebab maklumat yang diberi almost 100% tepat.

korang boleh jugak print promotion direct daripada website tempat yang korang nak pergi contohnya :
http://www.everland.com/web/multi/english/everland/everland_guide/ticket/Tickets_and_Coupons.html
atau
http://global.lotteworld.com/notice/view.asp?cmsCd=CM0264&ntNo=9&pUseYn=Y&pDvsn=&pSrc=&pSrcTemp=


MAP TRAIN DAN HARGA TAMBANG

laman web ni sangatlah membantu persiapan dan budget perjalanan di korea nanti, terutama bagi yang nak anggaran masa perjalanan.
http://www.smrt.co.kr/program/cyberStation/main2.jsp?lang=e&sname2=incheon+airport&stcd2=0423&sname3=hoehyeon&stcd3=1915&x=102&y=11#

NASI

Ramai yang susah hati nak makan kat sana kan.. hihihi beras kalau x nak bawa pun tak mengapa, boleh beri nasi segera kat sana. panaskan dalam microwave jer.. keluarkan terus ngap.
boleh beli kat kedai runcit kat sana


kalau guesthouse korang boleh masak-masak, telur n sayur, bawang, buah boleh jer beli kat kedai runcit sana. perencah korang bawa dari Malaysia, ikan bilis, makanan dlm tin segala.

COFFEE CAFE

Di sana memang berlambak kedai kopi. 2 yang aku boleh rekomenkan ialah
http://www.caffe-pascucci.co.kr/

Pascucci aku suka kopi dia yang wallah dan best.. memang terbaik dan puas hati.
tapi kalau gelato dan wafel atau roti aku akan pilih bene. serius terbaik
gelato tu boleh pilih perisa, paling aku suka green tea

favorite aku garlic and cheese bread.  
http://www.caffebene.co.kr/main/

hahaha dan melalut pulak, asal tajuk tip sebelum pergi ke Korea.. maaf yer.

BAJU SEJUK/ TRENCH COAT

Bab ni ramai yang berbelah bagi, nak bawa berapa helai? terutama yang pergi musim luruh atau musim sejuk kan. Bawa banyak kang berat, x bawa bimbang kat sana mahal. Betul tak?
Korang boleh jer bawa sehelai dari sini untuk backpacker, then beli kat sana pun murah sebenarnya dan lebih cantik. nak beli kat mana yer? selalunya semua train station tu boleh ada kedai pakaian. kalau nak banyak pilihan boleh pergi underground fashion market pon banyak.. semua berdekatan dengan train station. memang tak perlu risau.

HEATTECH


Start end Oktober cuaca agak sejuk, eloklah beli heattech ni barang sehelai.. aku beli di uniqlo.. harga kalau tak salah RM 29.90 tapi aku beli time sale cuma RM19.90. Nak lagi best beli seluar sekali Rm 49.90... memang selesa warm sepanjang hari. Penting pakai heattech sebab kalau jaket  or sweater or coat korang tak tebal pon x mengapa..masih boleh cover sejuk.

RAIN COAT / PAYUNG

Sila bawa jika pergi pada musim luruh dan awal musim sejuk..musim lain pun macam perlu sebab masa pergi jeju dulu musim panas tapi sepanjang 2 hari hujan x berhenti.. jadi bawalah untuk persiapan..Rugi kalau terpaksa berteduh , masa di sana sangatlah berharga.. hujan-hujan pun kita orang redah. hahahaha diorang ingat kami ni suka main hujan.

MESIN BASUH & PENGERING

Pakaian aku tak bawa banyak sebab namdaemun guesthouse yang kami stay tu ada free guna mesin basuh dengan pengering sekali. lepas sejam confirmed kering. Tapi kasut tidakla.. elok bawa extra sepasang incase musim hujan. boleh tengok di sini. http://www.guesthouseseoul.kr/ .


No comments:

Post a Comment