All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Wednesday, December 11, 2013

Tip : Persiapan Sebelum Percutian Di Seoul Korea- Edisi Khas

post terbaru 2016


Sebenarnya aku sedang memilih gambar-gambar untuk post Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part3. Akan tetapi atas permintaan rakan, aku sharekan apakah persiapan yang perlu dilakukan sebelum bertolak ke Korea sungguhpun banyak ajer blog yang dah share mengenai perkara ini.

1. Passport n tiket flight tu memang wajib lah korang bawakan...n pastikan tarikh tamat tempoh tu tak kurang 6 bulan dari tarikh kembali ke Malaysia ok.
2. Bawa Bag Duit untuk travel lagi baik. Ic ni option sebab kat sana diorang tak tengok ic kiter pon. tapi bila balik malaysia penting lah kot.
3. Bawa 1 kad Atm dan 1 Kad Kreadit jer ( In case kecemasan boleh guna, tapi sebelum tu make sure kalian call banker untuk aktivate kan utk sebarang urusan  di negara yang kalian nak bercuti )
4. Call Sykt Telecommunikasi untuk buat roamimg ( tp aku tak buat pon sebab kat sana aku pakai internet free.. rata2 kedai, cafe or area tertentu ader internet free )
5. Tukar wang RM kepada matawang korea dengan secukupnya.. Berapa baru di katakan cukup? Ini bergantunglah kepada budget kalian. Anggaran kasar perbelanjaan sekitar 450 000 won (RM1500). Mana yang ikut pakej percutian tu memang tak payah pening-pening. Tapi kalau aku RM1500 tu memang peruntukkan untuk shopping sahaja.
Keperluan Asas 
1. Wet tissue (wajib tau) sebab hampir 100% toilet kat sana jenis kering. Untuk 5 hari, 6 paket memadai.
atau
2. Kalian boleh bawa folded bottle water. Yang ni lagi praktikal tapi puas jugak aku round KL cari benda ni, tapi tak jumpa.
3. Towel - Kenapa aku letak towel ni keperluan ke2. Meh aku cerita, baik hotel or guesthouse kat korea kebanyakkannyer menyediakan towel bersih size hand towel jer. Ehem..ehem, macam mana nak cover tu? So bawa towel sendiri, selamat n puas hati.
4. PowerBank bagi sesiapa yang memerlukan..
5. Universal Adoptor
6. Kamera - wajib bawa. Memang banyak view yang menarik masa di sana nanti. Aku yang bukan fanatik gambar pun snap almost 1000 keping untuk 5 hari di sana).
7. Extra Memory Card untuk kamera or video kalian
8. Sejadah ringan
9. Toiletries Kit ( hand luggage tak boleh bawak liquid or gel lebih 100ml. Nanti kena rampas sesia jer tau)
10. Kamus Poket ( terutama untuk bag packer- yang ikut pakej takyah risau, mesti tourist guide korang akan bantu ).
11. Map( terutama untuk bagpacker) Boleh beli d kedai buku utama or download internet jer.
12. Download application arah kiblat kat android kalian( terutama untuk bagpacker).
13. Sling Bag - senang untuk jalan-jalan kat sana nanti.
14. Ubat-ubatan korang ( panadol, balm panas, ubat sakit perut dan semua medication yang kalian rasa perlu )
15. Lip balm - aku tak bawak time tu.. habis merkah bibir.. tapi kat Myeong Dong Market banyak jual. Tapi better bawa sendirilah.
Brand ni pon okey, lagipon murah jer. Kalian boleh cari kat Watson.
15. T-Money card (ala2 kad touch n go kiter) untuk transportation- yang ni boleh beli kat kedai 7 Eleven dalam harga 3000w (RM10)
16. Pesanan Khas untuk kaum hawa : Bawa Pantyliner dan pad secukupnya.
17. Oleh kerana perjalanan mengambil masa almost 7 jam, ader baiknya kalian bawa bantal leher angin
18. Buku nota untuk mencatat segala perbelanjaan kalian nanti.

Pakaian
Sebenarnya aku tak bawa banyak pon..Untuk 5 hari di Korea kalian percaya aku bawa sebag ni jer.
So aper yang aku bawa untuk musim luruh ini ialah :-
3- helai t-shirt lengan panjang turtle neck 
3- helai seluar  ( 2-slack 1jeans)
1- Jacket paras lutut ( kat seoul, aku mmg plan nak beli sehelai buat kenangan sehelai)
1- Cardigan 
1-pakaian tidur
3 - Tudung aka pashmina shawl 
3-Stoking
1- Glove
Selebihnya pakaian peribadi :D
Giler kentang kan...kat sana suhu sejuk ( musim luruh End Okt ), kita memang tak berpeluh sunggupon berjalan jauh macam nak pengsan.Naik turun tangga semua tu tak der hal.. Seharian meronda nami island pun tak ada masalah untuk pakai balik baju tu. Err kecuali kena hujan lah :p
Oh yer...pesanan penting ini, silalah bawa or pakai kasut yang sesuai kerana kalian akan banyak aktiviti outdoor..

Makanan/ Minuman
Kalian terpaksa menerima hakikat yang di Seoul City memang tidak ada kedai or restaurant yang bercop halal. Kalian boleh memilih kedai vegetarian tapi kami pilih kedai makan Korea yang biasa ajer, cuma pesan pada mereka, tak nak campur sebarang daging. Sepanjang kat sana kami makan nasi juga + sotong kurita/ udang/ikan bakar/ dan telur+kimchi. Kami pilih kedai yang masak di depan meja kami. Contoh yang ni:- 
(If kalian nak tahu apa lagi makanan tepi jalan korea yang kami makan, followlah blog ni okey )
Akan tetapi sekiranya kalian tetap ada rasa was-was yang menebal di dalam hati kalian, elohlah bawa dari Malaysia. Ada juga pelancong Malaysia yang bawa mi meggi, makanan dalam tin, minuman 3 in 1, jajan-jajan kegemaran. 
Tapi aku memang tidak bawa apa-apa dari Malaysia kecuali keropok keping sebagai buah tangan untuk Lokman. Di guesthouse kami tinggal telah menyediakan self service sarapan pagi, disediakan roti, butter, jem, coffee, tea dan buah ( serius beb limau dia manis) sudah disediakan.So pepandai kamilah nak hidup.

Sekian, Gembira aku sekiranya dapat membantu persiapan percutian kalian agar lebih selesa.

post terbaru 2016
http://mizzuraheartbeat.blogspot.my/2016/02/tip-persiapan-sebelum-percutian-di.html

Saturday, December 7, 2013

Pirates of Big Bad Wolf Books Sale 2013

Akhirnya hari yang dinanti-nantikan telah pun tiba, Big Bad Wolf Books Sale 2013 saban tahun di Mines International Exhibition &
Convention Centre. Kali ini 230 hrs non stop shopping tau. Start 6-15 Disember 2013. 
Cuaca hujan dan kesesakan traffic tidak mungkin melunturkan semangat membeli buku.
Pintu gerbang masuk ke hall, Lanun BBW menyerang.
Jam baru 11am, tetapi hall dah sesak sebegini, pandai-pandailah cari space sendiri yer.
Pelbagai buku yang menarik yang menanti, buku untuk kanak-kanak pun banyak. Susah juga nak memilih yang berkenan dihati, perlu juga baca sepintas lalukan. Jangan risau, BBW menyediakan ruangan untuk Book Sorting Area untuk para pelanggannya. 
Ada juga pelangan yang tidak berhemah meninggalkan buku begitu sahaja. Pasti krew BBW terpaksa berkerja keras untuk menempatkan kembali buku-buku untuk kemudahan pelanggan mereka.
Barisan untuk bayaran memang panjang tapi masa yang diambil cuma sebentar. Krew BBW pantas dan efficient, Good Job Guys.
Inilah buku aku untuk bacaan 2014. Semua ni cuma RM 87 sahaja. Murahkan.... Tak percaya? Kalian boleh pergi sendiri ke BBW books sale ni.
Second Trip tambah lagi 3 buku.. just rm 48 shj.

Kalian boleh check kat sini ok:-

Rahsia Hartini Terbongkar

Pada hari jumaat ini aku ingin mendedahkan kepada kalian 2 rahsia Hartini yang sangat mengejutkan dan mengujakan. Sebelum tu aku dah minta kebenaran empunya badan. Maklumlah, patutnya kita jaga rahsia orang, tapi perkara begini bagi aku tidak patut dirahsiakan. Kalau ada manafaat kepada orang lain, why not kita share kan.. Yang baik jadi pedoman, yang tak baik jadi sempadan.. Betul tak?
Ha... lepas 2 kali dating dengan Tini kat Nandos ni, naik hairan aku, kenapa Tini suka sangat makan tomato sos ni..Selama bertahun aku makan kat sini x pernah sekali pon capai botol sos tomato. Bila ditanyakan, katanya uniknya Nandos ni sebab banyak pilihan sos dan yang paling utama ialah sos tomato. Are u serius Tini? Sos Tomato just for Kid ok.... tapi Sedap sangat ker? So aku try sikit, mmmm....biasa jer.. Akhirnya bila Tini tunjukkan caranya yang betul, wow memang superb beb..
1 : 1 : 1
(tomato : garlic/wild herb : hot/extra hot)
Bila kami usha keliling, out of 30 meja kat Nandos tu, 5 meja jer yang ambil Tomato Sauce.. Tak ramai yang tahu rahsia ni. Next time kalu korang makan di Nandos, jangan lupa try cara ni ok.. 
Ni rahsia ke 2 dia. Ke mana saja, dia mengusung 2 jenis mentos ni. Berry blast dan mint. So aper yang rahsia sangat kan.. sebab dedua ni aku pernah makan pon...Biasa lah rasa dia, macam tulah jugak.. Tapi Tini suruh aku makan double. Dedua sekali masuk mulut, perh... memang terasa lain macam sedap... Siapa nak cuba silakan.
Sekian Rahsia Hartini Satim untuk kali ini.

Friday, December 6, 2013

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part 2

DAY 1
Plan asal trip kami ialah tiba di Incheon Airport pada jam 9 pg dan round Seoul City pada first day di Korea. Akan tetapi penerbangan ke Korea pada 29 Oktober jam 1 pagi di retime oleh pihak Air Asia pada saat akhir kepada jam 4 pg. Flight delay ini telah menyebabkan kami tiba di Incheon jam 12 tgh hari.  Return Flight RM 1100 ( tapi kalau kena time promo boleh dapat rm600 jer).
Berehat sebentar sementara menunggu Lokman
Lokman & Zaidi 
Kami menaiki teksi menuju ke tempat penginapan di Namdaemun GuestHouse. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Permandangan memang sangat cantik dan mengujakan, sepanjang perjalanan kiri dan kanan kelihatan daun-daun telah bertukar keemasan. Sebenarnya kalian boleh jer menaiki express train dari airport ke Seoul Station, perjalanan selama 43 min dengan harga 8000w(rm24). Di Seoul station kalian boleh pilih aliran train yang berhampiran dengan penginapan kalian.

Setibanya kami di Bandar Seoul, permandangan kelihatan agak kehijauan, aneh sekali. Kalau mengikut perkiraan kami, sepatutnya kami beradi di peak season of autumn dimana 80% daun telah bertukar warna. Rupa-rupanya pada tahun ini Autumn di Korea lewat seminggu berbanding ramalan. 

Setelah lunch, kami dari Hoehyeon station jarak dalam 200m dari guesthouse, menuju City Hall Station. Kami tukar train di Seoul Station, jaraknya cuma selang 2 station sahaja. 

Cheonggyechon Stream
Kami menyusuri Sungai Cheonggyechon
Sungai yang telah ditimbus untuk pembinaan jalan raya telah digali semula oleh kerajaan setelah desakan dan protes oleh rakyat yang mengenangkan sungai ini sebagai nadi aktiviti di masa yang lalu.
Dikatakan niat seseorang akan termakbul jika duit siling berjaya dimasukkan kedalam bulatan paling tengah
Seoul yang masih kehijauan namun angin dingin musim luruh telah mula kami rasai.
Geram tengok pokok bunga di luar kedai
Kami berjalan menuju Gwanghamun Square. Penduduk di Korea sangat suka berjalan dan rata-rata menggunakan public transport.
Nilah tugu peringatan Admiral Yi Shu Shin, seorang Komender Tentera Laut yang menewaskan tentera Jepun 
Zaidi menggayakan pakaian Maharaja, Percuma yer...
Nilah tugu peringatan maharaja Sejong, iaitu maharaja ke 4 Dinasti Joseon. Tulisan Korea sekarang (Hangeul) dicipta oleh beliau menggantikan tulisan cina di Korea. 
Kat bawah tugu peringatan ni ada exhibition hall untuk King Sejong Story 
Kat hall ni ada pelbagai cerita dan pameran kebijaksanaan Raja Sejong ini seperti jam matahari, jam air, alat pengukur hujan dan sebagainya.
Istana Gyeongbokgung tidak dapat kami kunjungi kerena masa telah lewat, (pintu gerbang tutup jam 5pm) dan hujan mulai membasahi Seoul. Terpaksalah kami tangguhkan dulu hasrat hati.
Berteduh di bawah payung Lokman, akhirnya buat pertama kali dia bermandi hujan setelah 2 tahun tinggal di Korea. Thanks Lokman.
Hujan yang semakin lebat. Kami pulang ke guesthouse lebih kurang jam 5.30 ptg. Untuk pengetahuan kalian maghrib di sini awal, lebih kurang jam 5.14 ptg.
Setelah Hujan berhenti lebih kurang jam 8mlm, aku berjalan ke Namdaemun Market usha shopping. Jarak cuma 250m dari guesthouse kami. 
Untuk Namdaemun Market, jam 8mlm sebenarnya agak lewat. Banyak kedai telah pun tutup. Memang pasar ini banyak jual barang cenderahati, tapi better datang siang ok. Aku snap beberapa kedai yang masih buka.
Lepas habis meronda kami balik dan berehat untuk perjalanan esok pula.
Kesimpulannya, aktiviti yang korang boleh cover dalam 1 hari (jarak nya berdekatan) ialah :-
1. Sungai Cheonggyechon
2. Gwanghamun Square
3. King Sejong Exhibition Hall
4. Istana Gyeongbokgung

Ok, Next Story To be Continue......

Thursday, December 5, 2013

Adventure Tour Sabah Borneo -Part 2 ( Final)

Tour Sabah part 2 ni aku just nak cerita perjalanan dari Ranau ke Kudat. Perjalanan memakan masa hampir separuh hari, so kalian kena bertolak dari Ranau awal pagi, sebab comfirm punya akan singgah pasar Kundasang untuk membelikan. Tapi pasar ni banyak sayur, buah dan bunga, hasil kraf penduduk tempatan pon ada.
Perjalanan dari ranau akan menuruni bukit, dan untuk ke kudat kami melalui kota marudu. Perjalanan yang merentasi sawah padi dan hutan belantara. Jalan pula tidak berturap penuh, batu kelikir lagi. Mujur kami menyewa saga BLM. Kalau naik kancil memang alang kepalang tu nak mengharungi perjalanan ni, silap silap ada yang berpatah balik.
Apa yang best sangat? Beria-beria benar aku nak ke kudat ni kan..Kalau kalian nak tahu atau Simpang Mengayau ni terkenal dengan jolokan Tip Of Borneo. Nak best lagi..Lautnya adalah pertembungan Laut Sulu dan Laut China Selatan..Nak Lagi best? If kat Ranau port untuk tengok sunrise, Kudat pula port untuk tengok sunset.
Dalam perjalanan, kami singgah Kg. Gombizau di Matunggong, kawasan penternakan lebah. 
Proses perasap sarang lebah akan melalikan lebah membolehkan madu dikeluarkan 
Inilah tempat lebah bersarang dan menghasilkan madu. Kalain juga boleh membeli madu lebah asli di sini.
Tempat penginapan kami, Tommy's place. Memang best sebab depan kabin terus laut. Deruan ombak dan udaranya nyaman. Cuaca tidak menyebelahi kami kerana hujan renyai sepanjang hari.
Dari tempat penginapan kami menyusuri pantai menuju ke Tip Of Borneo. 
Ni memang tanah paling hujung, kira tip lah tu...
Nampak... aku dah sampai kat situ tau :D
Sementara aku menunggu matahari terbenam, sekumpulan pelancong dari China ini melakukan meditasi.. 
Memang aku respect habislah.. Sanggup datang dari jauh tu... Kata mereka, ini adalah antara tempat paling baik memberi aura atau tenaga untu meditasi mereka.
Terus menunggu sunset, walaupon cuaca mendung.
Nevetha, member group aku. Pencita alam semula jadi.
Awan tebal tidak menampakkan sunset, sedikit kecewa melihat permandangan yang diumpamakan seperti naga sedang menelan mutiara. Namun hati terubat dek hembusan bayu laut.