All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Tuesday, February 22, 2011

Ba.Kul. Ta.Hun. Ba.Ru. Cina


Bakul Tahun Baru Cina di manafaatkan sepenuhnya - letak item-item yang rutinly aku guna. Kalau sebelum ni ada yg kat rak buku kat ruang tamu, ada jugak yang bersepah atas katil jer..kekadang tidur ngan planner pon ada gak. dah letak semua dalam bakul, letak pulak kat penjuru katil..senang..nak view item aper..moh aku perkenalkan. 

Ni buku cerita terbaru dalam bacaan aku..Adik aku baru bagi 2 hari lepas, tak tahu lah bila nak habis.  Kawan adik aku yang belikan..Al-Kisahnyer adik aku ni hobi dia membaca..Aku cuma baca time nak lena jer..heheheh..kekadang tak sempat baca pon dah lena..kui..kui...kui..Yang penting koleksi buku Habiburrahman memang dikumpul oleh kami adik beradik. 

Buku ni dah lama beli kat MPH...dulu sebelum sambung bioMed rajin jugak aku buat yoga ni..tapi dah 2 tahun setengah x buat...bila start balik yoga  ni..perh....spring keras sudah...sambil layan instrumental muzik..Cd ni free..ada satu tahun tu company bagi kat semua staff chempath.

CD ni baru jer beli..untuk hujung minggu..coz malas gi jogging kat tasik...dekat 2 jam jugaklah...cuma masalahnya step N lagu poco2 dia tak sama dengan yang biasa..kekok sikit..baru-baru biasalah kan. Aper-aper hal pon tetap layan.

Selain CD drama korea dan CD kartun Barbie kat rak TV, aku ada gak CD lagu hindustan. Sekali sekala layan, memang terbaik.  Tak tahan letak dalam bilik tu...maksudnya aper ?..x boleh pinjamla..hehehehe..

3 sedara ni memang wajib bukak tiap hari, sebelum ni tempat dia orang kalau bukan dok dalam handbag , mesti kat atas katil .  A-Maklumlah.. sebelah kan luas .. katil Queenlah katakan, hehehehe..
Ni ala-ala Diary la kot..cumanya isinya bukanlah luahan rasa tapi perancangan-perancangan dalam kehidupan..chewah...
Nilah antara isi-isinya..ada jadual, ada list perkara yang nak di buat dalam hidup, perancangan aset, flow kerjaya, macam-macam aderlah... 
Buku ni kira katanya lebih kurang buku motivasi lah.... yang pasti setiap hari kena baca walaupon sehelai..

Ni Planner aku, kecik comel jer- tak banyak maklumat pon- sekadar untuk simpan alamat, no acc. dan paling penting kira bajet gaji bulanan..Dah hampir 5 tahu di gunakan, dah lama jugaklah berjasa..

Hehehehe- kotak Apple Donut ni aku simpan kupon dan sticker  untuk tebus donat free nanti...

Last sekali buku rujukan jahit manik aku..sebelum ni letak kat rak buku kat luar kat bersama dengan buku masak..sekarang dah masuk bilik sebab workstation manik pon dok dalam bilik, so senanglah kerja nanti.

Sunday, February 20, 2011

As.Re.QueSt....

Al- Kaedahnya, hari tu Mashie ada la suruh aku letak gambar sendiri kat tingkap blog picture sebelum ni....keliru katanya, hehehehe...tiap kali view ada uppa handsome di tingkap bloq...okeyla tukan...dia kata lagi baik letak gambar sendiri..kui..kui..kui..malu-malu beruang la pulak nak letak gambar sendiri..takut terover dose kau...sapa nak jawab, buatnya langsung tak view lepas tu...kahkahkahkah...apa2 pon kerana mashie, aku tukar jugak...tapikan..bila pulak blog mashie-room nak tukar picture N update..sila jawab cik Mar oi....hehehehe.

Friday, February 18, 2011

Ke.Bu.Sy.aN

Kesian kat wa and member-member wa minggu ni...menjalar, memanglah busy amat bilakalanya PSM buat hal , bukan sehari pulak tu, berhari-hari kau , N banyaklak tu result patient kena masukkan manual...naik pening kepala wa... dah ala-ala kerani pon ada gak....sabo jerlah, mana nak mengejar TAT lagi...Asal boleh der....



Monday, February 14, 2011

Te.Kak. Bu.At. HaL.

Malam ni tetiba la pulak teringin nak makan donut..Mana nak cari time-time macam ni..memang cari pasalla..Selongkar dapur..nasib baik cukup syarat..buat sendirilah al kaedahnya.. TQ to kak hana, aku ikut resepi dia cuma adjust sikit untuk sorang jer makan..bolehlah....
Antara bahan-bahannya
aku suka kosong macam ni jer


Di.Am. Ber.I.Si.

  
Hujung minggu lepas tak dapat nak update blog sebab sibuk g belajar buat cupcake dengan Amon dan PiaH...hehehehe musim orang sibuk berniaga cupcake kita pon sibuk jugak, tak tahan betul tapi bukanlah niat untuk berniaga..hasil seni saya belum capai standard lagi..hehehehe..
cupcake ni jenis butter cake..memang moistlah.
first design...bolehlah
asal boleh ajer
Cheese cake pon belajar jugak ..perh..wallah betul...memang totally cheese
Yang ni cheese cupcake..seronoknya

Friday, February 11, 2011

Se.La.MaT. Ha.Ri.Ju.MaaT

Buat saudara-saudaraku, semoga Jumaat ni, Allah melimpahi  Rahmat keatas kita semua sebagaimana mentari memancarkan cahaya menerangai alam maya. Buat saudara-saudara Adam, selamat menunaikan solat jumaat, semoga kalian menjadi pemimpin yang beriman, meskipun kalian bukan pemimpin negara namun kalian tetap pemimpin untuk  dunia yang paling bermakna iaitu keluarga.

Wednesday, February 9, 2011

WorK.Sta.Tion.Ma.NiK.A.Ku.

Meja Pink Lagi...Ni Jer Yang Ada Time Tu.

Sambil layan MP3 baru best buat kerja.

Koleksi Manik 

Me.Ja. A.Ku


MeJa StuDy Kat Rumah Aku...BuKu TeKs BiOMeD SumE Dah MaSuK KotaK...HeHeHeHe...MaRaH PenSyaRaH Aku. ABis Jer TeRus SimPan...Kui..Kui..Kui..

KoTak Tu Aku LaBel Segala Isi Yg TerSimpan Di DaLamNya. TajuK Buku & Nota StuDy Pon MaSuk List SekaLi, Senang Nak Cari NanTi.

 Antara Buku-buku yang aku ada, tapi ada aku baca tak abis pon...heheheheh...

Key-Chain tu pulak pemberian rakan dan sumbangan adik-adik aku....




Kem.Pu.NaN

Kempunannya pagi ni. Kecur mengingatkan nikmatnya limau kasturi ni. Sebenarnya member aku terlupa belikan untuk aku tadi..huhuhuhuhu. Mentanglah aku kirim pakai saliva jer.... Esoklah nampak gayanya..

Tuesday, February 8, 2011

Sa.Ra.Pan. Pa.Gi.Ni

IniLah sarapan pagi ni, huhuhuhu terpaksalah lantaran demam, perit tekak, sakit kepala dan ada batuk pulak. Moga-moga integra 800 dan cobas 6000 berjalan lancar dan baik-baik saja.

BLog.Ger.GiRLs


Alahai...kes buat blog, tak pasal jadi wabak kat Lab di gelar blogger girls. MarShie lah yang teruk kena usik dek bebudak ni. Al Kaedahnyer....Ko hado? Hehehehehe.... Yang Pentingnya kita support each other...kan bahagia gitu. Ucapan khas untuk Marshie: "Pogi Hajimara !  Pogi Hajimara !  Pogi Hajimara !"

Saturday, February 5, 2011

Se.Le.Ra Ma.NiS





Kalau dulu asal cuaca panas jer mesti p pekena ABC dan Cendol. Tak sahlah kalau musim panas berlalu tanpanya...Bila dah kerja dalam aircond ni jarang pulak teringinnya..yerlah pegi kerja telahlah paginya..balik pulak nak senja tak merasa bahang mentari sangatlah...
Sekarang ni antara yang sering dikunjungi adalah Apple Donut & Coffee. Bukan aper, antara yg dekat dengan tempat kerja, harga coffeenya pon berbaloi juga, apatah lagi dah jadi member, ada discount lagi...okeylah tu.

Wednesday, February 2, 2011

PaGe Resepi BerMula


Secara rasminya, pada malam tahun baru cina ini, saya mulakan pages resepi dengan 4 variasi mudah membuat telur dadar yg sering saya masak di rumah ...buat permulaan untuk semua..selamat mencuba..


Se.La.Mat.Ta.Hun.Ba.Ru.Ci.Na

Esok adalah tahun baru cina 2011. Kepada yang menyambutnya semoga success dan berbahagia, bagi yang memeriahkannya selamat bercuti juga...ni yg best tinggal kat malaysia....so muhibah..

Tuesday, February 1, 2011

Ma.Nik.Oh.Ma.Nik

Setelah sekian lama akhir realiti jugak pages hasil seni saya...secara rasminya inilah entry pertama untuk page jahit manik saya..Yes!!