All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Tuesday, February 22, 2011

Ba.Kul. Ta.Hun. Ba.Ru. Cina


Bakul Tahun Baru Cina di manafaatkan sepenuhnya - letak item-item yang rutinly aku guna. Kalau sebelum ni ada yg kat rak buku kat ruang tamu, ada jugak yang bersepah atas katil jer..kekadang tidur ngan planner pon ada gak. dah letak semua dalam bakul, letak pulak kat penjuru katil..senang..nak view item aper..moh aku perkenalkan. 

Ni buku cerita terbaru dalam bacaan aku..Adik aku baru bagi 2 hari lepas, tak tahu lah bila nak habis.  Kawan adik aku yang belikan..Al-Kisahnyer adik aku ni hobi dia membaca..Aku cuma baca time nak lena jer..heheheh..kekadang tak sempat baca pon dah lena..kui..kui...kui..Yang penting koleksi buku Habiburrahman memang dikumpul oleh kami adik beradik. 

Buku ni dah lama beli kat MPH...dulu sebelum sambung bioMed rajin jugak aku buat yoga ni..tapi dah 2 tahun setengah x buat...bila start balik yoga  ni..perh....spring keras sudah...sambil layan instrumental muzik..Cd ni free..ada satu tahun tu company bagi kat semua staff chempath.

CD ni baru jer beli..untuk hujung minggu..coz malas gi jogging kat tasik...dekat 2 jam jugaklah...cuma masalahnya step N lagu poco2 dia tak sama dengan yang biasa..kekok sikit..baru-baru biasalah kan. Aper-aper hal pon tetap layan.

Selain CD drama korea dan CD kartun Barbie kat rak TV, aku ada gak CD lagu hindustan. Sekali sekala layan, memang terbaik.  Tak tahan letak dalam bilik tu...maksudnya aper ?..x boleh pinjamla..hehehehe..

3 sedara ni memang wajib bukak tiap hari, sebelum ni tempat dia orang kalau bukan dok dalam handbag , mesti kat atas katil .  A-Maklumlah.. sebelah kan luas .. katil Queenlah katakan, hehehehe..
Ni ala-ala Diary la kot..cumanya isinya bukanlah luahan rasa tapi perancangan-perancangan dalam kehidupan..chewah...
Nilah antara isi-isinya..ada jadual, ada list perkara yang nak di buat dalam hidup, perancangan aset, flow kerjaya, macam-macam aderlah... 
Buku ni kira katanya lebih kurang buku motivasi lah.... yang pasti setiap hari kena baca walaupon sehelai..

Ni Planner aku, kecik comel jer- tak banyak maklumat pon- sekadar untuk simpan alamat, no acc. dan paling penting kira bajet gaji bulanan..Dah hampir 5 tahu di gunakan, dah lama jugaklah berjasa..

Hehehehe- kotak Apple Donut ni aku simpan kupon dan sticker  untuk tebus donat free nanti...

Last sekali buku rujukan jahit manik aku..sebelum ni letak kat rak buku kat luar kat bersama dengan buku masak..sekarang dah masuk bilik sebab workstation manik pon dok dalam bilik, so senanglah kerja nanti.

No comments:

Post a Comment