All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Friday, February 14, 2014

KemBara UmRaH-Part 1

Alhamdulilah urusan dokumen untuk mendapatan visa ke Arab Saudi telah selamat di hantar dan visa pon telah diperolehi pada hari Selasa yang lalu. Aku benar-benar berharap segala urusan mengerjakan umrah ini kan dipermudahkan Allah. InsyaAllah, aku dan mahramku akan berangkat ke Madinah terlebih dahulu dan kemudiannya memasuki Mekah. Bersama aku, ada Hartini dan suami Hashim teman seuniversitiku. Penerbangan kami pada 17 Feb 2014 jam 1 pagi menggunakan syarikat Air Asia. Lagi 3 hari jer.. hati ini pon makin berdebar dan cemas juga.... Semoga Allah permudahkan perjalanan ini.Persiapan awal telah dilakukan, tinggal nak packing sahaja... kebanyakannya aku beli kelengkapan di Mydin sahaja. Alhamdullillah, sekadar mencukupi dan yang penting elakkan pembaziran.

Ceramah Panduan Umrah oleh Ustaz Daud Che Ngah dapat aku ikuti beberapa kali untuk kefahaman dan perincian apakah yang bakal terjadi sewaktu di Tanah Suci nanti. Sama-sama lah berdoa agar perjalanan Umrah hamba Allah yang bernama Nor Azura Rosidi bersama Mahramnya dan Hartini Satim bersama Suaminya, dipermudahkan, diberkati, doa-doa mereka dimakbulkan Allah, dan semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin.

Thursday, February 13, 2014

Islam Di Negara Bukan Islam -Part 1

Sebenarnya sudah lama aku berhasrat untuk berkongsi topik ini, setelah kembali dari Korea dan mendengar cerita adik aku yang telah membuat praktikal di Jepun. Rasanya tidaklah keterlaluan aku katakan altitude/gaya Islam Dipraktikkan di  Negara Bukan Islam. Petikan berikut aku panjangkan daripada perkongsian Saiful Nang.
Ok, sebenarnya..ini ialah sampah dan bukan barang jualan. Di Jepun, mereka guna plastik lutsinar supaya tahu isidalamnya. Jika tidak bertepatan dengan hari pembuangan dan tidak menepati syarat, sampah itu akan kembali ke hadapan rumah pembuangnya. Hari ini, hari plastic dan can. Sebelum dibuang, basuh dahulu botol itu. Untuk tetrapack (air kotak) mereka perlu buka penutup dan asingkan dan kotaknya dibasuh dan dilipat flat sebelum dibungkus untuk dikitarsemula.

Pemungut sampah di Jepun dipanggil "Health Engineer" dan gaji mereka lebih tinggi dari gaji graduan berijazah yang bekerja dengan pakaian kemas bertali leher. Ada 3 golongan yang mendapat gaji premium dalam kerjaya di Jepun. Ia dipanggil "3D" - Dangerous, Dirty & Difficult. Pemungut sampah ini dalam kategori "kerja kotor" dan gajinya sangat tinggi.

Namun, sekalipun dibayar tinggi, pemungut sampah ini ada maruah diri dan tidak mahu maruah mereka dipijak dengan mengutip sampah-sampah yang tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya. 

Wednesday, February 12, 2014

Lab Serum/Urine Elektrophoresis & Immunofixation PPUKM

Perkenalkan, inilah lab aku berkerja pada waktu 8am-5pm. Kalau selepas waktu pejabat or hujung minggu aku akan berkerja di makmal utama biokimia. Basicly lab aku kerja ni menjalankan ujian comfirmation for immunoglobulin bagi mengesahkan penyakit multiple myloma dan penyakit lain yang seangkatan dengannya. Selain daripada itu aku ada juga buat pengumpulan data untuk tujuan penyelidikan. Pendek katanya aku memang bahagia kerja kat lab ni hihihihi... Kalau ada rezeki harap dapat setup lab SPE ni kat hospital lain pulak...Bukan apa, bila ada rakan-rakan mendoakan awakkan boss kat unit tu..Bagi yang tidak suka pula, mahu saja aku katakan, agak-agak kalau tak suka saya kerja bersama, tolonglah doakan agar saya berjaya dalam interview officer at tempat lain. If awak happy sy gagal interview, jawabnya kena mengadap saya sampai pencen kan... hahahahahaha... 

Dapat Snapshot Akhirnya...

Uuuuuuuyai...... Setelah 11 bulan aku menggunakan Samsung Tab 2 La Fleur..baru aku tahu cara nak buat snapshot ni...Selama ni aku ingat version ni x boleh buat snapshot sebab icon seperti tab orang lain tidak ada pada screen.. Rupanya aku perlu tekan start dan down volume serentak....So aku pon giler snapshot wallpaper tab aku... Hope kalian maafkanlah keghairahan ini..Peace..










Monday, February 10, 2014

Need to OverCome My Bad Day

Sedang mengambil nafas yang dalam dan menghembuskan perlahan-lahan...Ulang lagi... Ok, hari ni Isnin, First day berkerja for this week. Actually masa bagun pagi tadi, aku okey jer, bersemangat, apatah lagi hari ni nak kerja 32 jam. Start 8am isnin end 5pm Selasa, hebatkan jadual kerja orang makmal. Then, dah keluar rumah dan dah start enjin kereta baru perasan yang baju extra kerja, phone, tab semua tertinggal... nak naik tingkat 16 kan lambat pulak sampai lab nanti. So biarkan sahaja.. dengan harapan petang nanti baru balik ambik. Sampai lab, pagi-pagi lagi dah ada 6 orang master student doctor ready nak belajar pasal Serum/Urine Elektroforesis. Mengajar sambil buat procedure migration dan staining, bila siap baru perasan ada sample yang band identical which is tak logic, mesti ada problem kat mana-mana. Okey, 2  out of 12 sample kena repeat Friday nanti dengan batch sample baru. Then, dalam dok tunggu master student doctor untuk buat quantitation, tidak sedar bila pula gel dah jatuh ke lantai dan tercalar pada bahagian protein band. huhuhuhu so stress. kena repeat semua petang ni jugak. So aku kena bertenang dulu sebelum start prosedur. Bimbang kalau berlaku kesilapan yang tidak disengajakan lagi. Wish me Luck ok.

My Sweet BedRoom

Bilik tidur aku memang full dan padat, kalau boleh semua aku nak masukkan kat dalam tu. Layout sekarang memang dah puashati cuma masalah habuk jer.. memang aku tak rajin sangat nak mengelap dengan kerap. Lagi satu 2 almari pakaian pon dah penuh. Betapa aku suka bilik aku sekarang ni, aku boleh jadi tukun tiruan berhari-hari dalam bilik tak ke mana-mana pada hari cuti or hujung minggu. Mungkin bagi sesetengah orang agak padat tapi bagi aku semuanya ada disisi dalam jarak capaian tangan sahaja. Samada online, membaca, menulis, turn radio semuanya hanya disisi. Hahahahaha, boleh masuk pencalonan kategori malas bergerak.  Namun setelah puas berfikir untuk manafaat pada masa akan datang, aku telah berjumpa dengan seorang kawan untuk mengubahsuai bilik tidur sekarang. Perancangannya pengubahsuaian pada bulan Mac nanti setelah aku pulang dari umrah.


Saturday, February 8, 2014

Makan Sedap & Murah

Malam semalam, kami 4 beradik menghala ke Salak Tinggi untuk dinner... Suasana ok, servis pantas (x sampai 10 min dah dpt makanan) dan memuaskan, ader pulak tempat mainan untuk anak-anak. If lepak among member yang berkeluarga pon best, anak-anak tidaklah kebosanan. Kami order main dish Siakap Steam Limau, memang kecur air liur apatahlah lagi didalamnya ada cendawan tiram dan carrot.. memang x payah order lauk sayur bg akula hihihi, keduanya ayam goreng kunyit dan telur bistik ( aku x suka sgt sebab sos dia banjir, lagi pon aku x rasa pulak bistik mcm tu so baik kalian jangan order), 4 jus buah (gelas besar)... Dah makan kenyang, time bayar kalian rasa berapa harga? Bagi aku sangat murahlah berbanding aku makan di cheras, hanya RM 55 sahaja utk 4 org makan...Baloilah kan. Oh yer, kedai ni tidak ada menu, sebelum sampai baik korang fikir nak makan apa. Next time aku nak try asam pedas pulak. Ni alamat kedai 

Sunita Tomyam & Seafood

LOT 156, Kampung Salak43900 SepangSelangor
( Jalan ke Enstek)

Friday, February 7, 2014

Demi Masa

Semalam aku menghadiri mesyuarat kelab....tak tahulah nak cakap macam mana. Kalian nilailah sendiri, bagaimana altitude dan budaya di sini. Datang lewat, bab bercakap berpusing-pusing walhal pointnyer simple jer..langsung jadi 2 jam meeting. Bikin panas jer...Bila start lewat, habis pon lewat. Mohon hargai masa orang lain juga.

Lunch di Warung

Alhamdulillah, lunch hour pada hari rabu yang lalu, aku ikut pooja and the geng pi makan kat satu warung di ampang. Banyak lauk pauk di situ, ikan bakar pelbagai pilihan, masakan kegemaran pooja iaitu daging gulai kawah pon ada... bila banyak lauk sangat, rambang mata la pulak.. last-last aku try nasi ayam dan jus apple.. Lokasi warung ni warung sebelah kiri dari jalan teratai 1/2 sebelum simpang masuk ke jalan mewah 4.

Tuesday, February 4, 2014

UnTukMu SaHabaT

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu, sedang sibuk rakan-rakan berbangsa Cina meraikan Tahun Baru Cina 2014. Aku menghala ke Setiawan mengunjungi sahabatku Suhana. Niat untuk berkunjung pada hari Sabtu kerana jemputan majlis kesyukuran olehnya terpaksa aku awalkan sehari kerana pada hari Sabtu itu aku terpaksa berkerja. 

Pemanduan ke Setiawan mengambil masa hampir 4 jam kerana kesesakan lalulintas. Setelah exit plaza tol Sungkai, kemudian perjalanan mula melalui jalan kampung sejauh 100km. Kepenatan hilang saat tiba di rumah Ana jam 12.15 tgh hari, akhirnya sampai juga aku di teratak bahagia Ana dan suaminya Fairuz. Alhamdulillah, Allah telah memurahkan rezeki mereka dan semoga Allah memurahkan rezeki aku juga.

Kami sediakan lunch, kemudiannya perap kimchi bersama-sama. Setelah balik dari Seoul, aku telah membuat homemade kimchi beberapa kali. Sedikit sebanyak ada jugaklah kerana terpengaruh dengan cerita Korea sikit-sikit. Ana dan Fairuz antara penggemar movie korea seperti aku. Realiti show kegemaran kami mestilah Running Man.

Sembang punya sembang sampai petang. Berat hati nak balik KL, tapi apakan dayaku tuntutan kerja. Esok 8pg-8mlm akan mengerah keringat di makmal PPUKM. Lewat jam 6ptg, aku bertolak balik ke KL. Syukur, trafik berjalan lancar.