All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Tuesday, February 4, 2014

UnTukMu SaHabaT

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu, sedang sibuk rakan-rakan berbangsa Cina meraikan Tahun Baru Cina 2014. Aku menghala ke Setiawan mengunjungi sahabatku Suhana. Niat untuk berkunjung pada hari Sabtu kerana jemputan majlis kesyukuran olehnya terpaksa aku awalkan sehari kerana pada hari Sabtu itu aku terpaksa berkerja. 

Pemanduan ke Setiawan mengambil masa hampir 4 jam kerana kesesakan lalulintas. Setelah exit plaza tol Sungkai, kemudian perjalanan mula melalui jalan kampung sejauh 100km. Kepenatan hilang saat tiba di rumah Ana jam 12.15 tgh hari, akhirnya sampai juga aku di teratak bahagia Ana dan suaminya Fairuz. Alhamdulillah, Allah telah memurahkan rezeki mereka dan semoga Allah memurahkan rezeki aku juga.

Kami sediakan lunch, kemudiannya perap kimchi bersama-sama. Setelah balik dari Seoul, aku telah membuat homemade kimchi beberapa kali. Sedikit sebanyak ada jugaklah kerana terpengaruh dengan cerita Korea sikit-sikit. Ana dan Fairuz antara penggemar movie korea seperti aku. Realiti show kegemaran kami mestilah Running Man.

Sembang punya sembang sampai petang. Berat hati nak balik KL, tapi apakan dayaku tuntutan kerja. Esok 8pg-8mlm akan mengerah keringat di makmal PPUKM. Lewat jam 6ptg, aku bertolak balik ke KL. Syukur, trafik berjalan lancar. 

No comments:

Post a Comment