All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Friday, February 14, 2014

KemBara UmRaH-Part 1

Alhamdulilah urusan dokumen untuk mendapatan visa ke Arab Saudi telah selamat di hantar dan visa pon telah diperolehi pada hari Selasa yang lalu. Aku benar-benar berharap segala urusan mengerjakan umrah ini kan dipermudahkan Allah. InsyaAllah, aku dan mahramku akan berangkat ke Madinah terlebih dahulu dan kemudiannya memasuki Mekah. Bersama aku, ada Hartini dan suami Hashim teman seuniversitiku. Penerbangan kami pada 17 Feb 2014 jam 1 pagi menggunakan syarikat Air Asia. Lagi 3 hari jer.. hati ini pon makin berdebar dan cemas juga.... Semoga Allah permudahkan perjalanan ini.Persiapan awal telah dilakukan, tinggal nak packing sahaja... kebanyakannya aku beli kelengkapan di Mydin sahaja. Alhamdullillah, sekadar mencukupi dan yang penting elakkan pembaziran.

Ceramah Panduan Umrah oleh Ustaz Daud Che Ngah dapat aku ikuti beberapa kali untuk kefahaman dan perincian apakah yang bakal terjadi sewaktu di Tanah Suci nanti. Sama-sama lah berdoa agar perjalanan Umrah hamba Allah yang bernama Nor Azura Rosidi bersama Mahramnya dan Hartini Satim bersama Suaminya, dipermudahkan, diberkati, doa-doa mereka dimakbulkan Allah, dan semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin.

No comments:

Post a Comment