All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Saturday, March 1, 2014

KemBara Umrah-Part 2

Alhamdulillah rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana semalam 27 Feb 2014 jam 10.30pm, aku selamat tiba di lapangan terbang LCCT setelah meninggal Malaysia untuk menunaikan Umrah di Arab Saudi sejak 17 Feb yang lalu. Subhanallah, segala pengalaman disepanjang perjalanan ada yang terlalu indah sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Aku sorotkan rentetan perjalanan umrah ini.
16 Feb 2014 jam 10 malam, aku tiba di LCCT dihantar oleh adik ipar aku. Sesampai di sana, aku dikhabarkan bahawa penerbangan kami Air Asia X KL-Jeddah 17 Feb jam 2pg di delay ke jam 5pg. Ramalan pensyarah adikku menjadi kenyataan.. Katanya selalunya penerbangan Air Asia akan ditunda, teringat pula semasa ke Seoul, penerbangan Air Asia juga di tunda dari jam 1pg ke 4 pg. Apakah maksudnya ini? Masalah teknikalkah? Walaubagaimanapon aku , adik dan teman menanti dengan penuh sabar. Lebih kurang  jam 5.30 pg kapal terbang telah berada di ruang udara Malaysia. Perjalanan kami mengambil masa  8jam 15 min, dan sepenjang perjalanan masa seolah-oleh tidak berlalu dan kami tiba dalam jam 8.30 pg waktu Arab Saudi.
Urusan di terminal haji King Abdul Aziz International Airport berjalan dengan lancar, kami berkumpul di perkarangan luar terminal bersama jemaah lain. Dari Jeddah kami akan bertolak ke Madinah terlebih dahulu selama 5 hari dan kemudiannya baru kami akan memasuki Mekah. Perjalanan ke Madinah menaiki bas selama 5 jam merentasi kawasan tandus.
Beginilah keadaannya kawasan tandus sepanjang perjalanan ke Madinah. Kami berhenti untuk solat di satu kawasan RnR, makan tengah hari di sana. Sinaran matahari sangat terik dan menyilaukan, namun suhu sangat dingin, angin sejuk sesekali bertiup terasa meresapi pakaian kami. 

Lebih kurang jam 5.45ptg kami sampai di Hotel Mubarak Silver Madinah. Dapat kunci bilik terus mandi , msolat maghrib d hotel dulu, kemudiannya bergerak untuk solat Isyak d Masjid Nabawi yang jaraknya lebih kurang 300 meter sahaja. Saat kaki ini memasuki perkarangan Masjid, Rasa syukur yang tidak terhingga atas jemputan menjadi tetamu Mu YaAllah, Ya Rab. Mudah-mudahan dikesempatan ini Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani mengampunkan segala dosa-dosaku dalam sedarku mahupun dalam lena ku.
InyaAllah, next entry aku akan kongsikan sedikit pengalaman berada di taman syurga Raudah.

No comments:

Post a Comment