All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Sunday, March 2, 2014

HatiKu HatiMu

Hening pagi ni membuatkan aku ingin berkongsi satu nikmat yang telah Allah berikan untuk hatiku yang seadanya ini dan sesungguhnya aku bersyukur atas kurniaannya. Allah tidak memberikan hatiku kelebihan untuk merasai baik buruk maksud atau tindak tanduk seseorang, apakah ada hidden agenda atau sebaliknya. Allah hanya memberikan aku hati yang sangat terhad, melihat baik diluar baiklah di dalamnya. Makanya sudah terhantuk baru tenggadah. Dek kerana Dia berikan pula hatiku mudah sekali panasnya kekadang terasa seperti api yang menyambar, rasa marah seperti naga yang menghembuskan nafas namun marahku hanya seperti melukis di atas air, cuma seketika. 
Allah berikan aku hati yang  fragile dan mudah robek namun dia buatkan hati ini kurang sensitif terhadap sekeliling. Dia buatkan hatiku ini terasa mudah terbeban tatkala menimpan dendam  dan kebencian, semakin dipendam hati yang kecil ini terasa semakin dicengkam. Makanya di sertakan hati ini dengan rasa mudah memaafkan dan leave it and move on. Apatah lagi Dia sertakan air mata yang apabila ia mengalir, seolah-olah membasuh luka dan derita di hati ini. Jika hari ini tidak mampu makanya mudah-mudahan esok pagi hati akan pulih seperti sedia kala.
Begitulah Allah menciptakan hatiku, satu perkara lagi yang Dia berikan yang membuatkan aku bersyukur yang tidak terhingga. Dia buatkan rasa hatiku terasa sungguh besar apabila menyimpan rasa cinta dan kasih sayang, seperti rasanya mahu sahaja pecah sangkar rusuk yang mengurung hati ini. Ya Rab, sesunggunya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap kehidupan dan Engkau Maha Mengetahui segala yang tidak aku ketahui.

No comments:

Post a Comment