All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Tuesday, March 25, 2014

MH 370 - Spekulator Buat Kepala, Buat Aku Sakit Hati.


Bismillahhirrahmanirrahim
Aku menarik nafas yang dalam untuk memulakan luahan hati ini. Samalam aku tidak berkesempatan mengikuti siaran langsung sidang media MH370 oleh PM Malaysia namun aku menonton ulangannya pada detik 12 malam semalam. Sayu hati ini untuk menerima hakikat MH370 ended di selatan Lautan Hindi. Walau apa pun yang berlaku, aku sangat berharap mereka di tempatkan di tempat yang baik dan semoga ahli keluarga yang terlibat juga redha dengan segala ketentuan ini. Sungguhpon kita menyayangi mereka namun Yang Maha Pencipta lebih menyayangi mereka.

Melihat ahli keluarga meratapi pemergian orang yang tersayang sangat meruntun jiwa ini. Apatahlagi jika mendengar atau membaca segala spekulasi perbagai versi yang langsung tiada sensitiviti mahupon menghormati priversi. Sedangkan aku yang langsung tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka tetap berasa perit bagai dilumur garam pada luka yang ada apa bila mendengarnya.

Aku hanya insan biasa di muka bumi ini, bukan pakar itu dan ini, tidak selayaknya aku mengulas rentetan kejadian ini. Kalau ada aku bersuara sekadar membetulkan cerita dan menyatakan fakta yang aku perolehi daripada wawancara bersama pakar yang ditayangkan di setiap salutan tv. Hati ini tidak mampu berdiam lagi apabila cerita-cerita spekulasi menjadi havoc, ditambah itu dan ini. Namun kadang kala aku terpaksa memilih untuk berdiam diri kerana apabila mereka memilih untuk membutakan mata dan memekakkan telinga, tiada gunanya untuk aku berkata apa-apa.

Bertapa hebatnya daya telahan mereka, apabila 2 koridor diumumkan untuk mencarian, mereka mengatakan MH370 menghala ke koridor utara, landing di darat, di sembunyikan di salah sebuah negara di sana, kerana balas dendam ayah Altantuya Shariibu atas kematian anaknya. Tidak kurang yang mendakwa MH370 berada di Rusia. Itu tidak cukup hebat lagi... hari ini mereka mendakwa ini semua helah politik BN. MH370 diumumkan hilang sehari selepas Anuar di hukum penjara, kemudiannya MH370 diumumkan ended dan tiada yang terselamat sehari selepas keputusan pilihanraya Kajang diperolehi. Kerana BN kalah, semuanya mati, jika Kajang milik BN mungkin semuanya hidup lagi.....Aku sungguh geram mendengarnya, pantas sekali mulut ini memberikan amaran..Kamu sedang bercakap mengenai 239 nyawa. Jangan sewenang-wenangnya kamu mendakwa kerana itu fitnah... Lagipun bagaimakah mungkin Najib sebegitu berani mengerahkan aset ketenteraan negara-negara besar dunia hanya kerana kepentingan politiknya? Silap haribulan, MH370 tak kena bom, negara Malaysia yang kena bom. Kalian fikirkankan sendiri.

Tidak kurang yang mendakwa, Malaysia dan Mas dijadikan kambing hitam lantaran sengketa China dan US. Semuanya adalah rancangan pihak itu,  MH370 menghala ke Lautan Hindi juga angkara mereka, MH370 ended di pengairan Australia juga adalah usaha mereka, tiada sebarang kerosakan teknikal sistem pesawat juga menguntungkan mereka, segala dipertanggungjawabkan kepada invidu tertentu dan akhirnya Malaysia dan Mas terpaksa menanggung segala pampasan dan kos yang terlibat. Makanya terpaksalah kambing hitam ini bergolok dan mengadaikan aset negara. Begitulah spekulasi mereka untuk hari ini, dan esok mungkin akan havoc lagi. Mungkin istilah seperti Doppler Effect dan Burst Frequency Offset tidak akan menjadi asing lagi. 

Hati ini hanya mampu berdoa agar ramai yang akan lebih menghargai yang ada di sisi, menjadi lebih tabah, menjadi lebih kuat, lebih berusaha, lebih mencintai diri, agama, nusa dan bangsa. Hidup ini adalah ujian olehnya, bagaimana pengakhirannya? Pilihan di tangan kitalah jua. Walau apa pon sama-sama lah kita doakan semoga MH370 bersemadi dengan aman, bagi yang muslim pula semoga Allah MeRahmati mereka. KepadaNya jugalah kita akan kembali suatu hari nanti. 

Maafkanlah seandainya luahan ini tidak cukup matang bagi kalian.  Maafkan juga andainya  pemikiranku tidak cukup sophisticated untuk memahami kecelaruan politik dan masalah sejagat. Aku hanya sekadar berkongsi rasa di jiwa. Namun aku berusaha untuk menjadi aku yang esok akan lebih baik dari hari ini. 
Sekian.

No comments:

Post a Comment