All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Thursday, February 13, 2014

Islam Di Negara Bukan Islam -Part 1

Sebenarnya sudah lama aku berhasrat untuk berkongsi topik ini, setelah kembali dari Korea dan mendengar cerita adik aku yang telah membuat praktikal di Jepun. Rasanya tidaklah keterlaluan aku katakan altitude/gaya Islam Dipraktikkan di  Negara Bukan Islam. Petikan berikut aku panjangkan daripada perkongsian Saiful Nang.
Ok, sebenarnya..ini ialah sampah dan bukan barang jualan. Di Jepun, mereka guna plastik lutsinar supaya tahu isidalamnya. Jika tidak bertepatan dengan hari pembuangan dan tidak menepati syarat, sampah itu akan kembali ke hadapan rumah pembuangnya. Hari ini, hari plastic dan can. Sebelum dibuang, basuh dahulu botol itu. Untuk tetrapack (air kotak) mereka perlu buka penutup dan asingkan dan kotaknya dibasuh dan dilipat flat sebelum dibungkus untuk dikitarsemula.

Pemungut sampah di Jepun dipanggil "Health Engineer" dan gaji mereka lebih tinggi dari gaji graduan berijazah yang bekerja dengan pakaian kemas bertali leher. Ada 3 golongan yang mendapat gaji premium dalam kerjaya di Jepun. Ia dipanggil "3D" - Dangerous, Dirty & Difficult. Pemungut sampah ini dalam kategori "kerja kotor" dan gajinya sangat tinggi.

Namun, sekalipun dibayar tinggi, pemungut sampah ini ada maruah diri dan tidak mahu maruah mereka dipijak dengan mengutip sampah-sampah yang tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya. 

No comments:

Post a Comment