All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Friday, January 10, 2014

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part 6

Day 3
NamSan Tower or Seoul Tower
Setelah seharian travel ke Nami Island, kami terus ke Namsan Tower menaiki bas. Seharusnya aktiviti ini kami lakukan pada esok hari, kerana permandangannya yang lebih cantik. Dek kerana hari pertama kami di Korea, hujan membasahi Seoul, makanya kunjungan ke tower ini diawalkan bagi membolehkan kami melawat Gyeongbokgung Palace di sebelah pagi esok.
Akhirnya sampai jugak... Sayang tak dapat menaiki puncak tower dan melawat muzium teddy bear kerana kami kesuntukkan masa. Hanya dapat meronda di dek tower sahaja.

Harga tiket 9000w Namsan Tower, Muzium Teddy Bear pon 9000w. Tapi kalau beli pakej 14000w sahaja.
Lock Your Love di dek tower, kat dalam replika love tu dipenuhi manga-manga cinta.
Permandangan bandar Seoul dari dek tower.
Dapat jugak bergambar dengan kerusi ni dengan Jamie berlatarbelakangkan puluhan ribu manga cinta.

No comments:

Post a Comment