All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Thursday, January 9, 2014

Percutian Musim Luruh Di Seoul Korea- Part 5

Day 3
Nami Island
Dek kerana cerita Winter Sonata, cita-cita untuk menjejakkan kaki di Nami Islan telah lama tersimpan di dalam hati. Plan asal ke sini menaiki ITX- train express tapi apakan daya tiket telah habis di jual. Banyak pelancong pada musim luruh ini. Akhirnya kami mengambil train biasa untuk ke Station Gapyeong, terpaksa bertukar aliran train di pertengahan perjalanan. Tiba di Gapyeong kami naik teksi ke Jeti Nami Island. Kena beli visa dulu 8000w termasuk tambang feri. Kami sangat beruntung kerana ditemani blogger terkenal Jamie Liew. 
Serius permandangannya sangat cantik sunguhpon dipenuhi ribuan pelancong. Cuaca yang dingin terasa nyaman sekali. Nami Island ni kecil sahaja, bentuknya half moon dan ianya dibuka kepada umum pada tahun 2002 selepas menjadi ikon drama Winter Sonata.
Makan tengahhari kami pilih Drama Cafe yang menghidangkan Nasi Goncang ( Nasi+Kimchi+Telur), harga 5000w sahaja. Time lapar memang semuanya sedap. Oh yer, nasi ni memang kena goncang panas-panas sebelum makan.
Permandangan musim luruh yang indah... daun kuning keemasan, bunga-bunga nyer pula sungguh memukau. tidak dapat di ungkapkan betapa indahnya ciptaan Tuhan. InsyaAllah, jika panjang umur akan sampai lagi ke sini.
Kalau nak tahu, memang tidak lengkap kalau visit Korea tanpa menikmati keenakkan susu pisang ini. Apatah lagi minum sejuk-sejuk, sebotol memang tak cukup.
Susu pisang brand ini paling famous n sedap. Harga dalam 1200w sebotol. Ader yang member kata kat Cold Storage kat Malaysia ader jual. Nanti boleh cuba pergi cari.

No comments:

Post a Comment