All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Wednesday, January 8, 2014

Lawatan Kumpulan KIK Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia

Kami menerima lawatan ini pada 17 Disember 2013. Perjumpaan ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah PPUKM. Mereka ingin berkongsi pengalaman bagaimana kami menjalankan projek KIK. 
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pn. Fauziah Hanon.(tengah) mewakili jawatankuasa KIK PPUKM. Kemudiannya perbentangan aktiviti KIK PPUKM.
Kami berehat untuk minum pagi dulu sebelum meneruskan aktiviti yang selanjutnya... Aper-aper hal kena kenyang dulu hehehehehe....
Kemudiannya sesi perkongsian pengalaman wakil kumpulan KIK PPUKM iaitu kumpulan PERMADI ( aku sebagai ketua kumpulan), Mediprima, BenuaCipta dan Sinaran.Perkongsian pengalaman, segala rintangan dan cabaran menarik minat tetamu dari UTHM ini sehingga sesi soal jawab menjadi begitu rancak sekali.
Pertemuan ini diakhiri dengan pameran hasil projek KIK PPUKM dan sesi bergambar kenangan bersama.
Mudah-mudah kita mendapat manafaat bersama dan terima kasih karana sudi mengunjungi PPUKM.

No comments:

Post a Comment