All About Hearts

latar belakang

nuffnang add

bling



Wednesday, January 8, 2014

3 Idiot. Am I Idiot?

Sudah beberapa tahun dan sudah ramai rakan-rakan aku menyarankan aku menonton filem ini. Baik rakan Melayu dan India, paling tak tahan tu rakan Cina pon bercerita, ini filem hindi pertama yang dia tonton dan dia boleh repeat berkali. Tak cukup dengan itu, adik aku pon mengatakan perkara yang sama dan mereka semua memberikan thumb up untuk cerita ini. Lain daripada yang lain dan ada banyak value for life.Semalam, segmen Bollygood TV2 menayangkan movie ini. Aku tekad yang aku akan tonton full movie untuk mengetahui apa yang best sangat mengenai cerita ini.

Ok, jujur aku katakan pada mulanya. aku rasa tak mampu nak habiskan filem ini. Aku kurang gemar scene budak asrama lelaki beramai-ramai memakai seluar dalam sahaja. Mahu sahaja aku tukar channel menonton cerita lain, tetapi aku teruskan juga. Tidak mahu tertinggal barang seminit pon cerita yang dikatakan best ini.
Dan akhirnya, aku mula tersenyum, kemudian ketawa dengan gelagat 3 idiot yang tak berapa nak idiot ni. Yup banyak pengajaran yang baik di dalam cerita ini dan banyak blog telah menglistkan pengajaran tersebut.
Cuma apakah pengajaran untuk aku sebenarnya? Adakah aku pun idiot juga? Aku melihat diri aku di setiap watak  dalam cerita ini. Walau apa pon kebodohannya, aku berharap pengakhiran journey nanti tidaklah idiot.


No comments:

Post a Comment