Day 2 
Lamanya tertangguh, sebenarnya aku pon tak tahu nak post gambar yang mana sebab semuanya best. Dari over 1000 snap, memang kelabu jugak mata kan...So, untuk day 2 ni jejalan kami banyaknya untuk shopping cenderahati. 
  |  
| Bazar kerongsang kat Namdaemun Market. Jangan risau, kebanyakkan ajumma or unni boleh berbahasa melayu. |  
 
  |  
| Cenderahati ni aku beli kat Nammun Accessory. Plaza yang ada banyak kedai jual barang cenderahati korea. Ni pon dekat area market Namdaemun jugak. |  
 
  | 
Kalau nak beli baju love korea, ada satu tempat kat tengah jalan Namdaemun market ni. Kat sini jer paling murah, tempat lain confirm tak dapat. 3 helai 10000wa tau rm33 hanya warna putih/kelabu. Jika warna hitam atau selainnya 2 helai 10000w. Beli jangan tak beli. 
  |  
Tak jauh dari tempat jualan baju love korea, ada ajumma jual sotong panggang ni.. sedap memang debom lah. Sotong sangat wangi dan lembut.  
  |  
Brother ni memang lucu gila. Macam-macam bahasa pandai. Korang boleh beli kuih kukul tarea ni. Banyak artis korea pernah makan kat sini. 
  |  
| Ambil seoul subway untuk ker Hanok Culture Village. Tak jauh pon , beberapa station sahaja. |  
 
 
  |  
| Balik ke Guesthouse untuk hantar barang, kami singgah beli ddeokbokki. Kuih beras pedas korea. |  
 
  |  
| Makan-makan di laman bumbung sebelum meneruskan perjalanan. |  
 
 |  
 
 |  
 
 | 
Asalamualaikum.. Boleh x emelkan itinerary korea ke emel saya. Termasuk kos total di sana? Tq ye. Zackabdsamad@gmail.com
ReplyDelete