Dek kerana cerita Winter Sonata, cita-cita untuk menjejakkan kaki di Nami Islan telah lama tersimpan di dalam hati. Plan asal ke sini menaiki ITX- train express tapi apakan daya tiket telah habis di jual. Banyak pelancong pada musim luruh ini. Akhirnya kami mengambil train biasa untuk ke Station Gapyeong, terpaksa bertukar aliran train di pertengahan perjalanan. Tiba di Gapyeong kami naik teksi ke Jeti Nami Island. Kena beli visa dulu 8000w termasuk tambang feri. Kami sangat beruntung kerana ditemani blogger terkenal Jamie Liew. |
No comments:
Post a Comment